Since 2010

Since 2010

Thursday, September 8, 2011

Nak Baru boleh?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rasa nak buat blog baru.. hahaha.. (weh, serius ke?)
x r. Nak tukar segala isi template n lay-out je.. tapi ia memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi, disusuli dengan ketekunan dan keteguhan, yang penting minat kena ada.
Rasa dah 'come' dah. tapi.. geram nak buat baru. haha. Gata weh..

Kita ni kalau nak beraya pon, atleast blog pon kena lah hias cantek2 kan? tapi jangan sampai tak boleh loading.. hohohoho (berat bbenor tu)

okay... sekian.

Wednesday, September 7, 2011

Ecard raya 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sakura persembahkan e-card raya bagi tahun 2011. :)

sekian

p/s: ambo deme loni (dialek kelantan)

Sunday, September 4, 2011

SoMALIa & GunsHOT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Al-fatihah  kepada Allahyarham jurukamera BERNAMA yang terkorban di Somalia & takziah diucapkan kepada keluarga beliau.
Berita ini cukup menyedihkan rakyat Malaysia. Bagi Sakura, tak sangka yang ada rakyat Malaysia di luar negara yang terkorban dalam menjayakan misi bantuan disebalik kita yang sedang merayakan Ramadhan, Eidulfitri dan Kemerdekaan.
Secara tak langsung, Sakura dah tahu betapa serius keadaan di Somalia. Mungkin tembakan tersebut ditujukan kepada kumpulan pengiring. Wallahualam. Semoga Arwah tenang bersemadi di pusara.
Perasaan tak puas hati, tak adil , sedih dan kecewa sentiasa muncul di fikiran Sakura. Mungkin ini adalah pengajaran dan teladan kepada kita.

Sekian. Al-fatihah.

Thursday, September 1, 2011

Merdeka & Raya 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terlebih dahulu Sakura ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana tak dapat nak beraya dengan keluarga & teman2 Sakura kerana menjalankan tanggunjawab di hospital. Harap maaf.
Walau bagaimanapun, Sakura masih merindui dan terkenangkan kamu semua. SOB3. Huhu. Sakura telah menyediakan sebuah video sempena Merdeka Raya kali ini. Semoga kita berjumpa di lain masa.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Sebagai rakyat Malaysia, Sakura sangat gembira kerana kita telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Mungkin tak semeriah sekolah menengah dulu. hehe. tapi Hati ini tetap berbangga menjadi sebahagian dari tanah merdeka ini. :) Marilah kita laungkan, MERDEKA!, MERDEKA!





Sekian. Wassalam