Since 2010

Since 2010

Friday, July 30, 2010

Young Imam

Okay Sakura post niew sebab Imam Muda ni dah nak sampai ke penghujung rancangan.
Sakura setuju wujudnya program ini. Tapi bab penyingkiran Sakura langsung tak setuju sebab "it all about religion" mana boleh kita buat undang2 yang sama macam rancangan realiti tv yang lain. Atleast, pilih the most cermerlang imam muda lagi bagus dari menyingkir ( menutup peluang peserta lain untuk mempelajari ilmu agama) semasa akhir rancangan. Sangat tak fair.

Ade lagi pasal imam muda ni yang Sakura tak puas hati, nie yang segelintir non-muslim duk kutuk - kutuk nie. Otak dah betulke nak komen orang lain punya hak kebebasan.
Kalau bende yang meloncat - loncat happy plak yer, (alah yang muslim pon same gak) ... "if you hate it so much, what will happen if there are some ppl like u give same feedback about your religion?" confim lah dia naik marah kan.

Sakura kalau bab entertainment nie Sakura pun suka, tapi setakat nak happy2 kjap bole la..
Bab spritual lagi penting la bagi Sakura nie.

So kalau nak buat realiti tv about religion, please jangan buat penyingkiran, bagi Sakura, its a sin.

okay thats all.

Exchange Link

Kat sini kalau nak exchange link url blog ataw website sila letak format seperti berikut:
Alamat website:
Nama website:
Keterangan.

__________________________________________________________________
Kat atas Hanya untOk laman web biase dan bukan lama web niaga.

Kalau nak iklan kan perniagaan sila bgtaw Sakura (1bulan - RM 10)

Wednesday, July 28, 2010

Ibu Alaf Baru IKLAN SEMATA-MATA

Assalamualaikum, topik nie adalah topik yang terhot pada bulan Julai.. Its about MohdKhairuddinsMum... sapa dia? okay, ibu kepada Mohd Khairuddin la. Beliau merupakan topik terhangat youtube dan fb kali ini. Why? okay, Sakura pada mulanya dapat berita dari reader Sakura di salah satu blog Sakura yang lain. So, the main topic is about her. Tak sangka kali ni Sakura telah post satu perihal mengenai ibu kepada Mohd Khairuddin.
Kali ni Sakura post sebab, Sakura fikir aunty nie hebat sebab siap masuk ruang iklan FB lagi.
So, buktinya?

Mesej yang disampaikan kepada anak lelaki aunty nie nie memang cute...!
Satu ayat tu ialah "i love this webcam", hihi..
Okay aunty ni dah post her 2nd vid... still this video is for her son.
Sakura fikir jugak why her son tak reply..hurmmm? anyway good luck MohdKhairuddinsMum hehe.
Sapa nak tengok vid beliau bolehla ke alamat di bawah:
http://www.youtube.com/user/MohdKhairuddinsMum

Sakura tak sangka, its just a simple video, but.. that simple video make aunty nie soo popular..!
Sakura harap aunty nie boleh mengacara rancangan sendiri, such as "Mohd Khairuddin - Its your Mum"...wow...rancangan berbentuk nasihat.. Sakura dapat bayangkannya...^_^
Okay thats all.
Owh.. sorry bahasa rojak kali nie...
Sekian, wassalam.

Saturday, July 24, 2010

Aizdean?


Sapa Aizdean? Penyanyi Jepun tuu.. Hehe muke ala2 Mizushima Hiro, tp kalah la ngan Mizushima Hiro..hehe

Sebenarnya Sakura tak nak campurkan hal entertainment dalam blog personal Sakura nie, sebab Sakura nak letak dekat blog satu lagi, tapi takpelah sebab ade bende yang Sakura tak boleh nak kongsi dekat blog satu lagi tu.

Walaupun Sakura bukan peminat senior Aizdean, baru jer jadi peminat die minggu lepas.
Janganlah kamu ketawakan Sakura plak, Sakura nie memang minat Jepun dari kecil lg taw.
So, memang Sakura mengharapkan seorang rakyat Malaysia dapat berjaya di dunia Jepun, at least walaupun impian Sakura untuk berkhidmat di Jepun tak tercapai, ade juga orang yang boleh mencapai impian Sakura..

Thank you Aizdean. Sakura dah dengar beberapa lagu yang ada dalam internet. Best, boleh tahan. So, Sakura akui Aizdean memang berbakat. Walaupun bakat Aizdean tak nampak pada mata syarikat rakaman Malaysia >_>... , tapi Aizdean dapat cipta nama kat antarabangsa. Itu yang penting... wawawawa... Sakura dah jadi peminat Aizdean , ngeee ^_^.

Good luck Aizdean. Anda pemangkin semangat untuk orang yang masih 'takut nak melepasi sempadan'
cakap pasal tu, urm... selagi Aizdean tidak melampaui batas, saya sokong Aizdean. So, buat bende yang bermoral yer :P
So nantie Sakura tak sibuk, Sakura akan postkan satu post special untuk promote Aizdean dkat laman web entertainment Sakura. Okay, thats all Sakura nak cerita buat masa ni.
Bye, wassalam.

Monday, July 19, 2010

Tahniah!

Hari ni Sakura telah mengambil keputusan peperiksaan LJM yang telah lama Sakura nantikan, Alhamdulillah Sakura lulus. Macam tak percaya ... sebab Sakura kurang yakin dengan diri Sakura dengan perkara yang Sakura tidak pakar ni. Kuasa tuhan, Sakura lulus, doa Sakura dimakbulkan. Impian keluarga, pensyarah, dan rakan- rakan turut tercapai.

Tahniah buat semua kawan Sakura yang telah berjaya melepasi cabaran sebelum bekerja ini, tidak kira yang ijazah ataupun yang diploma.
Sakura masih ingat lagi riak muka kawan - kawan Sakura yang menunggu keputusan tadi, ada yang pucat, ada yang tak tenteram, ada yang bisu dan macam - macam perangai lagi. Maklumlah ini mengaitkan masa depan masing - masing.
Buat yang gagal, Sakura percaya mereka masih belum gagal sepenuhnya, sebab gagal yang sepenuhnya ialah mati. Sebab selagi kita hidup, kita masih boleh mengubah nasib kita, kalau mati confim lah kita tak boleh ubah nasib kita.

Nie gambar sebilangan kawan Sakura yang telah mengambil result mereka, oh sorry, Sakura lupa nak ambil gambar Sakura sendiri. hehe.

Photobucket

Saturday, July 17, 2010

TerimaKasih



Assalamualaikum, Sakura sangat gemuruh sekarang nie, tapi Sakura ambil inisiatif ini untuk menulis di ruangan blog Sakura ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa, adik, saudara-mara dan seluruh ahli keluarga. Sakura berasa bersyukur kerana Sakura telah menamatkan 3 tahun pengajian Sakura di arena perawatan dan kesihatan ini. Jadi Sakura rasa sangat terharu dengan sokongan padu yang sentiasa diberikan kepada Sakura.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan pensyarah. Merekalah yang sentiasa membantu Sakura di saat Sakura memerlukan sokongan, dorongan serta tunjuk ajar mengenai ilmu yang Sakura pelajari di universiti. Setiap pengalaman bersama mereka buatkan Sakura mengenali perkara baru dan meningkatkan kemahiran diri Sakura. Jasamu tetap dikenang buat selamanya.

Terima kasih kepada teman - teman yang Sakura kasihi. Tidak kira rakan sekolah ataw rakan di unversiti. Mereka lah sahabat, teman, dan rakan yang Sakura ada di atas dunia ini. Tidak kira ketika susah atau senang, mereka sentiasa hadir memberi kekuatan kepada Sakura. Pengalaman kita bersama takkan luput dari ingatan. Sakura merindui saat - saat kita bersama menimba ilmu, meluangkan masa bersama, dan kesusahan yang dilalui bersama.

Terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana nikmat yang diberikan. Memberi Sakura peluang untuk menimba ilmu dalam keadaan yang tenang dan aman. Membuatkan Sakura insaf dan sentiasa mengingati Allah sepanjang kehidupan ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih, ....
Itu sahaja yang Sakura mampu luahkan kerana kalau tiada kamu semua, maka Sakura masih berdiri di tampuk lama, seperti katak di bawah tempurung.
Jadi, walaupun apa yang terjadi Sakura tetap akan mengenang budi sampai mati.
Sakura mohon maaf kalau pernah membuat silap dengan sengaja atau tidak sengaja.
Sakura sayang kamu semua. Moga kamu semua juga begitu.
Maka Sakura akhiri ucapan ini dengan wassalam dan TERIMA KASIH.

salam sayang dan salam rindu dari Sakura.

Tuesday, July 13, 2010

[Memori] Koleksi grafik design ku 1

tak byk sgt nak cite hal grafik nie... ini berkaitan ngan memori...yerla sebelum lupa baik ingat balik
urm...
ok, first knapa nak bincang topik nie ialah sebab Sakura buka fs @ friendster... yg dulunya lebih famous dari facebook (alahai sbb fb masa tu baru jer lagi..)
jom tengok koleksi Sakura:

masa nie sakura tgh berjinak dgn Ulead Photo Express , time tu adobe photoshop x guna sgt sbb rase cam complicate...
seingat Sakura, gambar nie diambil menggunakan kamera video jenama 'i' masa tu.
kualiti dia baik sangat cuma masalah flash sahaja... tetapi Sakura bg 6/10 kat kamera tu.
Mase tu Sakura dalam lingkungan umur 17 hingga 19 tahun, alah...mase time slim2 dlu la..haha
suke lama gambar nie mase tu Sakura tgah ecited dpat praktikum, masuk kuliah, masuk makmal...hehe
okay next,


gambar nie diambil di langkawi, saper mereka nie? ok mereka ialah zu, huda, reen, zura, nisah... bukan satu course dgn Sakura. thanks to trip to langkawi masa tu, kami makin rapat dan kenal - mengenali. well Sakura dan nak grad, jd diorang nie tahun depan baru grad. Okay Good luck to you all ! Miss you! ^_^

okay next,

tknik black n white..gambar nie paling simple sbb nak buat side bar banner jer...hehehehe... nie pon gambar mase kat langkawi jugak, lepas naik kat atas bukit yang tinggi tu.. Sakura bermesra ngan arnab puteh tu...hehe...takut glew.. anyway masa nie Sakura gile2 nak bwat macm2 wallpaper ..hehe

okay next,



mase Sakura post gambar nie kat fs dulu, ramai x percaya nie Sakura yang bwat.. aha...knape x pecaya, yerlah Sakura sedari diri nie x shebat orng yang pro... masa tu kalau Sakura ingat lagi, Sakura tengah boring dan sambil boring tu Sakura pon hentam sajalah, hentam2 pon rujuk buku pendidikan seni taw... last2 nampak hasil nyer cam cantek jugak, oh ya Sakura guna software Adobe Ilusstrator time tu, tu yang best tu... hehe

okay sampai sini saja nak post. kita sambung lain kali, bye2


p/s: gementar , nervous pasal result ljm yang akan keluar dan hal konvo yang menyakitkan kepala...

Tuesday, July 6, 2010

Julai- >_>




salam semua,
sakura tak perasan lama jgak sakura x aktif , hehe, busy bercutie la katakan
anyway, byk mende sakura nak kongsikan
antaranya ialah konvokesyen sakura pada 5 hrbln 8 2010
tp sakura kena g awal maybe 1 haribulan 8 tu da ade kat kampus induk
sbb nak cari hostel untuk sakura n family.. so sakura kenalah g awal ngan kawan sakura sorang nie
ok, tak nak cerita lebih takut takder mende nak gtaw lak.
next, sakura nie skrg kuat main dari buat bende bfaedah.. tabiat yang buruk nie
sakura kena cepat2 buang, hehe
tau aper yang sakura duk sibuk sgt?
sakura main farmville, mafiawars, frontierville, theninja-rpg.. sume nie game best2 dan melekakan
ish2 sakura nie mmg tak patut
ok lah, spnjang cutie nie smpat jgak lah bawak adek sakura g jln2 kat tesco , sambil tu mkn kfc..
kalau g mana kfc tempat teratas dlm list gerai makan , tak taw knpa...mybe sbab simple kot..hehe..
ok2, sakura nie busy buat bisnes kat umah, jd tukang taip, tukang format komputer, tukang print, tukang gambar, dan mcm2 lg... untung ala kadar jer... sbb byk diskaun, mana taknye yg dtg sume teman2..hahaha.
ok , tu sje..
sekian

p/s: alamak result ljm lum kuar lg, sakura nervous lol..

BLOGGERS MALAYSIA