Since 2010

Since 2010

Tuesday, June 28, 2011

Jurujual Tak Layan Sakura

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry ANnoying + X puas hati 

Ces, bukan nak menunjuk, bukan nak mencapap... bukan apa2 pon...
Cuma nak menyatakan ketidakpuasan hati seorang pelanggan. Kita datang tak dilayan tak disambut. Kat mana? kat KBMALL... dah x payah pergi KBMALL.. menci menci..merajuk taw..
Datang dengan niat nak membeli, tapi kalau dah tunggu kat kaunter pon buat macam Sakura ni hantu takperla... its over.. huhuhu.. malas nak cakap kedai mana. yang penting dkat Digital Fair pon sama jgak. Datang punye la dekat, pastu dia buat tak tau je ek? hurghhh....

Sekian..

Sunday, June 26, 2011

Telefilm : Unsigned Grave huhuhuhu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Unsigned Grave??? Apo pon x bleh..hahaha (sorry Sakura still terjangkit virus Maharaja Lawak)

Straight to the point!! Untuk tidak dikatakan tak up-to-date maka... entry ini diadakan...
Bagi yang ade Piring Grey yang tak boleh kena ujan, mesti anda tahu mengenai Telefilm ni.

Yup Anda semua mesti tengok.! Sebab ini telefilm gabungan korean + malaysia.

Dalam kata lain Kubur Tak Bertanda ini dilakonkan oleh Shaheizy Sam (M'sia) , Yana Samsudin (M'sia), Keun Nim (Korea) & Lee yan (Korea).

Kenapa mesti tengok??? Sila bandingkan orang korea yang berlakon dengan orang Malaysia berlakon. Mana lagi mantap. Di samping itu boleh lah jugak kita tengok kualiti film (kamera/lighting/arahan/jalan cerita/skrip) .. bagi Sakura selama ini ialah Film kite sedkit kureng dari segi gaya lakonan dan teknik penceritaan.



Credits to : http://www.dauspozi.com/2011/06/trailer-kubur-tak-bertanda-di-astro.html

Bila nak tengok?? Malam nie 26 Jun 2011 pkol 10.00 mlm.. tapi Sakura dah terlepas nak tengok.. ade siaran ulangan tak???? perghhh.. siot sedih..

p/s: bagi orang yang minat kdrama, anda pasti x nak lepaskan peluang ni kan??

POPpers Shout Out for POP Contest

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saturday, June 25, 2011

Cerpen: My Love... Osaka [Part 1]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sakura sahaja nak menulis cerpen malam ni.. blum habess. Harap ade yang bagi komen/kritikan/pujian yang membina untuk Sakura. Dah lama Sakura tak berkarya genre cerpen ini. Harap ada yang sudi bantu ye. TQ.


Arian mencapai botol supplement hariannya. Itu adalah perkara wajib yang perlu dimakan sebelum ke pejabat.  Melihat matahari yang akan naik sebentar beberapa minit sahaja lagi, Arian bergegas mencapai kunci kereta dan beg sandangnya. “Mak, Ari pergi dahulu ya”,sahut Arian. “Pergilah Ari, jangan lupa ambil bekalan di atas meja itu”, pesan Puan Nora. Sedang turun ke tempat parking kereta, Ari mendengar muzik riang di kedai 24 jam bersebelahan. Kereta Toyota buatan Jepun itu mula bergerak menghala ke bandar Shibuya. Ari memandang Apartment 20 tingkat itu, kelihatan ibunya sedang melambai di tingkat 6. Ari tersenyum melihat kemesraan ibunya itu. Kalau dikenangkan, jika ayahnya masih hidup mungkin ibunya tidak kesepian seperti sekarang. Mujur adiknya Erin dan Azian masih lagi menemani ibunya. “Mak tak kisah Ari, yang penting carikan menantu untuk mak, itupun dah cukup”, pesan ibunya. Kalau ikutkan hati, mahu si Arian ini berkahwin. Masalahnya, adakah jodohnya di bumi matahari terbit ini. Arian pernah mencuba untuk menemui gadis pilihan ibunya. Akhirnya gadis itu sudah memiliki teman lelaki tanpa pengetahuan keluarga. Maklumlah rata - rata gadis senegaranya sudah awal – awal mencari jodoh semasa belajar di universiti. Handphone Ari berdering. “Hello Arian, Takuma-san was here, he want to meet you ASAP!, please be hurry”, kata Jason. Arian menekan pedal minyak untuk bergerak dengan lebih laju. Takuma-san bukan calang – calang orang. Kalau dia mahu segera, ia bermaksud Arian perlu berjumpanya dengan kadar segera. Sejurus sahaja sampai ke bangunan EZLine Enterprise, Arian segera meluru ke bilik Takuma-san. “Arian, it is good to see you! I have a news for you...”, kata Takuma-san. “What is it Takuma-san?”, tanya Arian. Takuma-san menghulurkan sekeping sampul yang mempunyai surat rasmi dari ibu pejabat yang berpangkalan di Tokyo. “Congratulation, you have been promote as Executive Manager!. After one month, you can start to work at Osaka”, jelas Takuma-san. Arian sangat bersyukur dengan apa yang berlaku. Akhirnya tuhan kabulkan juga permintaan dia untuk menambahkan rezeki kepada keluarganya. Dapatlah juga dia menampung pembelajaran adik – adiknya di universiti nanti.
“Mak, Ari akan kerja bersungguh – sungguh mak, Ari takkan lupa pesanan mak,” janji Arian kepada ibunya. Puan Nora sebenarnya sedikit bimbang berjauhan dengan anak teruna yang seorang tu. Maklumlah Arian itu anak sulung dalam keluarga. “Jaga diri baik – baik dekat sana tu. Kalau di Shibuya ibu tak kisah sangat, kawan kamu ramai. Tapi kalau di Osaka, mak takut kamu tak biasa lagi”, tambah ibunya lagi. “Yelah mak, Ari ingat pesanan mak itu, Ari kan lelaki mak, tahula Ari macam mana nak hidup kat sini. Hujung minggu nanti Ari balik la rumah mak”, kata Arian lagi. Kali ini Ari terpaksa tinggal berasingan dari keluarganya kerana sejak naik pangkat. Pelbagai urusan perlu dikendalikan di pejabat barunya itu. Syarikat EZLine merupakan syarikat muda yang sedang meningkat  naik dalam industri pemasaran barang tradisional Jepun. Osaka merupakan bandar terbaik untuk menarik pelanggan. Yamato merupakan rakan sekerja yang pertama Arian kenal sepanjang berada di Osaka. Nasib Arian baik kerana Yamato merupakan penduduk asal di Osaka. Banyak perkara Arian telah dapat pelajari sepanjang bersama dengan Yamato.

bersambung....
p/s:tahniah pada SEPAH, JOZAN, NABIL, JAMBU.. anda layak jadi Maharaja!!!!

Friday, June 17, 2011

Biarkan ia berlalu / LET IT GO

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

biarkan ia berlalu...
bukan sengaja lepas tangan,
bukan sengaja lari dari tanggungjawab,
bukan sengaja lari dari kenyataan

biarkan ia berlalu...
yang lepas jangan dikenangkan
yang lepas jangan dipendamkan
yang lepas jangan diungkitkan

biarkan ia berlalu...
mulakan hidup yang baru
mulakan kisah yang baru
mulakan cerita yang baru

biarkan ia berlalu...
tetapkan iman di hati
tetapkan pendirian diri
tetapkan matlamat sendiri

biarkan ia berlalu..
chewah!!!!!!!.. sekian tq tq tq.. hahaha...

Sapa baca ayat jiwang2 diatas sila tepuk tangan macam zirafah (erk, zirafah boleh tepuk tangan ke?)
bila hati dah sejuk dan berbunga bunga.. senyuman mula terukir ^_^ + Boleh start blogging cam biase esoK? kot..heee




Terima kasih untuk lagu LET IT GO nyanyian HEO YOUNG SAENG
walaupun xde kaitan... tapi hati yang keras dan terluka boleh cair wooo.. haha

Jom layan lagu fav terbaru Sakura ni:


Thursday, June 16, 2011

0_0 ... Malas ku Bersebab!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada sesiapa yang menantikan entry reply sila tunggu kemudian hari.. :)

Kenapa x update entry best2?
Sakura malas. :)

Mungkin ini bulan membaca tanpa memberi pendapat. Melihat tanpa mengkritik. Mendengar tanpa mengutuk.

Banyak perkara tengah berlaku di dunia realITi dan juga di dunia SeSAWang.. sapakah dalang yang menimbulkan segala masalah ni? manusia. oh manusia. Apakah awak suke jadi perhatian dengan mendatangkan masalah. Bukan jarang2.. tapi hari2

:) Diam lebih baik dari berkata - kata.
Sebab kalau Sakura tujukan kepada sesiapa, maka die terasa. Biar dia makan dalam je. biar je die tu sorang2.

Bila hati Sakura sedih, maka Malas itu datang. Ye Sakura buat silap juga. Tapi mohon maaf.

Maaf kalau entry ini xdea apa2 makna pada kamu semua.

p/s: Sakura terdelete suma no phone kawan2. :( sorry.

p/s: Auni.. singgah3 la lagi... =)

Thursday, June 9, 2011

Jom Demam Dengan PSVITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Blum ckup demam dengan PSP akhirnya PSVITA pula akan menjadi punca Sakura demam kali ni...! O-O

Design yang agak sama dengan PSP... tetapi banjir dengan fungsi yang menarik..


Harga $249 = RM750.11 (maybe harga tanpa package kot dan harga ni hanya kat US, kalau tambah shipping, gov tax..agak2 cecah seribu lebih jgak kot? yang penting lagi mahal dari PSP lah kan..)


Harga $299 = RM 900.74 (ha yang ni harga dia up sebab ade 3G&Wifi service) still model yang sama
Tujuan dia ialah untuk mengesan jika ada mana2 PSV yang ada berhampiran.. (nanti Sakura cerita lebih lanjut)


Game ala2 angry bird versy 3D..(alah... kalau da Playstation takkan 2D lagi kot..hehe)


PSVita maju setapak dengan meletakkan touch sensor. Reka bentuk 'keyboard' (tak taw nak sebut hape) pon berubah jgak. 

Apa yang menarik?
  • Kamera depan&belakang. 
  • Guna teknologi Augmented Reality (AR)
  • Wi-Fi & 3G untuk mengesan lokasi rakan, pihak lawan, wireless ranking. ^_^
  • Boleh download game yang sedia ada dari PS3 ataw PSV rakan anda
  • Game support sama ngan PS3 yang sedia ada..
  • Ada multitouch screen, motion-sensors
  • Dual-stick control, slim dan pocket ready form
  • High Definition dan 5-inch OLED display
  • Boleh chat sambil main game
  • Rear touch pad
  • Playstation®Vita - Connected by AT&T : Mobile Broadband service... So, dapat la share video, photo, movie.. surf internet.. dengar lagu (wireless style) dari hp/laptop..
      
    Tengok jer video kat bawah ni kalau x paham2 lagi

    Paham da?
    Antara game yang dikenalpasti ada untuk PSV buat masa ni ialah:
    Uncharted: Golden Abyss
     HotShots Golf
    Wipeout
    Sound Shapes
    Little Deviants
    Gravity
    Hustle Kings
    LittleBigPlanet (yang ni ade isu sensitif pasal agama Islam..tak payah nak main)
    ModNation Racers
    Reality Fighters
    Super Stardust Delta
    Ruin

    Kalau nak tengok 360 degree view.. Sila pergi ke alamat ni http://us.playstation.com/psvita/design/
    siap boleh try main game demo lagi..best!

    Spesifikasi:
    CPU
    ARM® Cortex™- A9 core (4 core)
    GPU
    SGX543MP4+
    External Dimensions
    Approx. 182.0 x 18.6 x 83.5mm (width x height x depth)
    (tentative, excludes largest projection)
    Screen (Touch Screen)
    5 inches (16:9), 960 x 544, Approx. 16 million colors, OLED
    Multi touch screen (capacitive type)
    Rear Touch Pad
    Multi touch pad (capacitive type)
    Cameras
    Front camera, Rear camera
    Sound
    Built-in stereo speakers
    Built-in microphone
    Sensors
    Six-axis motion sensing system (three-axis gyroscope,
    three-axis accelerometer), Three-axis electronic compass
    Location
    Built-in GPS
    Wi-Fi location service support
    Keys / Switches
    PS button
    Power button
    Directional buttons (Up/Down/Right/Left)
    Action buttons (Triangle, Circle, Cross, Square)
    Shoulder buttons (Right/Left)
    Right stick, Left stick
    START button, SELECT button
    Volume buttons (+/-)
    Wireless Communications
    Mobile network connectivity (3G)
    IEEE 802.11b/g/n (n = 1x1)(Wi-Fi)(Infrastructure mode/Ad-hoc mode)
    Bluetooth® 2.1+EDR (A2DP/AVRCP/HSP)
    Satu lagi v-dieo yang patut anda tengok:
    Amacam? Nak main PSP lagi ke? hurm?? hehe...

    Okay... Sekian ajelah.. !

    p/s: ade tanya saya, vita dngan vista tu sama ke? weh x la.. kan ke microsoft ngan sony tu lain..adehh

    Wednesday, June 8, 2011

    Imsonia & Lukisan Episod 1

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Agak pelik bagi yang fikir aku ni weirdo  ..

    Pukul 3 blom tdor lagi.
    Cuba lelapkan mata.. Tapi capai pensil warna di tangan ..melukis pula.
    Hasilnya?




    |
    |
    |
    |
    |
    |
    \ /


    da..mau tdo pless..gud nite (kot)


    sekian!






    Tuesday, June 7, 2011

    ~Kisah En Agul~

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera


    Umur en agul nie baru 6 bulan.. heee
    saje nak tunjuk wajah en agul sebelum dia tukar spek mata baru.. 
    yang ni ade calar la..adoii..batu mana gatal hinggap kat cermin mata die pon tak taw la..
    heee.. lov u so much en agul..
    entry ni sangat gedik dan penuh bunga-bunga cinta pada en agul..hee


    sekiAN..wassalam!

    Gila Gadjet? Sakura ke?

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Kalau nak taw Sakura ni gila gadjet. Segala jenis gadjet yang kat atas dunia nie sume Sakura nak. Contoh??
    hurmm...


    Kalaulah doraemon tu btul, nescaya Sakura akan pergi beli...
     hahahaha

    okay2... yang penting LAPTOP impian Sakura buat masa ni ialah ...

    Battalion 101 X8100-U3
    ni kalau dapat ni tak hengat dunia la..hahaha.. ape2 pon nak tunggu harga turun macam tinggal impian sahaja
    kalau x dpat yang ni yang dell@mac tu pon dah cukop =P

      IPHONE dan IPAD  , memang minat glew .. cume tak taw bila nak beli jerr..hehehe (save budget la konon)


    projector ni nak ganti monitor je... sambil boleh tengok cerita macam kat pawagam...hehehehe
    mana satu la nak beli nie... adoii




    yang ni wajib beli My DSLR Camera Canon EOS 7D....huarggghh.nyesal x simpan duit awal2...huhuhu..
    segala jenis stand, light, accessories sume Sakura nak kebas sama.."aku tak kira, aku tak kira!" hahaha

     Kalau nak tau banyak jer lagi Sakura nak cerita.. sebab kalau hal computer dari sekecil pendrive ke sebesar cpu memang Sakura nak beli semua...


    tambah satu lagi 
    nak beli banyak2 cctv(offline) punye .. letak kat bilik kat luar rumah...bukan ape... sekarang ni jiran tetangga tak boleh nak harap langsung.. 


    Ape lagi? toksah tanye la...kalau g pc fair mmang Sakura nak beli semua!!!!!!!! Nak taw pc fair mana boleh dapat good offer? tunggu Sakura post secara honest kat blog ni k! See u next TIme! bye2



    Monday, June 6, 2011

    Jumpa kawan - kawan hiGh SchooL di Kemayan Beach

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera


    Ha, bdak laki baju kuning tu nama die "Fazlan"... lama tak jumpa ..da pakai kereta da upernye..hehehe


     Bdak yang pakai motor nie plak "Meyill" haha..nama asal malas nak cakap..kekeke

     Jumpa masa bulan 5.. .malas nak upload awal2 kat blog..sje..hehehehe
    yang lain tu muke familiar..tu yang malas nak citer tu.. :P

    dah ..sekian!

    Serif.com bagi percuma kat blogger!

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Ini entry mau kasi panduan pada new blogger...


    http://www.serif.com

    laman web kat atas nie boleh bantu macam2 kat kamu semua... bagi sapa yang blum try boleh la try

    antara yang istimewa ada kat sini ialah software dan template percuma
    Hah, ape lagi ? Jom Layannn..

    - semua yang free tu starter edition je..tapi berbaloi kalau nak cube

    Sunday, June 5, 2011

    X boleh sbb Seth memang Romantik!

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Ini Entry u boleh muntah hijau..okayyy! Muntah!!!!



    haha
    Ha... Sakura pon dah jadi orang yang ter paut PAUT TERPAUT pada si Seth Tan bukan pada Aaron Aziz..hahaha...(ces, padahal dua2)

    Baru tengok 2 ep (episode 2 dan 16 sahaja)............"weh, apsal die romantik haaa?"

    Tangan ni gatal nak tulis pasal Seth Tan ... Asyik2 Seth Tan..

    adoi..habisla... memang hebat jgak penangan cerita nie.... aishh... oklah...jgn tengok cerita ni lg.. nntie lembik...hahaha

    Jom layan korea drama..selamat sikit jiwa Sakura nie..  Oh Seth... :P

    p/s: ini la akibat nye tengok cerita mcm nie... adoiiiii (shuh shuh !)
    p/s: Nama Nora Elena jgak jadi trending topic..wakaka

    Saturday, June 4, 2011

    Mintak Maafla yer Gambit Saifullah

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Ini entry u boleh caci maki punya...u punya dosa u punya pahala u punya kubur ok!

    Tadi baru online, buka twitter...erk..! Apsal die marah2 nie.. hurm..okay2..rilek..jom search..

    Dah tengah search tu baru tau.. Gambit Saifullah (My precious artist kene marah/maki hamun sebab ade penulis blog atau orang lain yang maybe buat die tak puas hati lepas tengok adegan sedikit panas dari MV Gambit)

    Okay2.. COolL everybody!.. Sakura nie sebenarnya minat si Gambit ni.. Hensem ape.
    So bila ade kes macam ni.. Sakura sedihla..
    Sakura di dua belah pihak. Tak cakap pun salah , cakap pun salah. Jadi ...adoiii.mcam mana Sakura nak pikew?

    Okay ade penyelesaiannya.. Sakura x taw mana silap artis ni sampai semua orang boleh jadi musuh die especially Blogger...kalau la gambit tak sebut blogger.. maybe tak ramai yang attack gambit..huhu

    Sakura x la marah sangat, cume terasa sbb gambit kata gtu. Oh gambit jgn buat mcm nie..kalau ade orang kutuk terima sajelah..buat penjelasan itu lebih baik dari marah balik orng tu.. I still wanna see u in tv, cinema.. i dont want to miss understood.

    Minta Maaf sangat2 la yer Gambit Saifullah
    Saya ni blogger, saya pon fan awak jugak.
    Sori la kalau awak tak de hati ngan blogger. tapi saya still sokong awak sebagai artis. Do your best. Best of Luck!..
    :)..PEace!

    Friday, June 3, 2011

    Nasi Dah Basi~

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera



    Hari ni lagi sekali digemparkan bahawa ada ahli keluarga Sakura yang jauh meninggal semasa dalam perjalanan mahu pulang ke Kelantan.

    Al-Fatihah diucapkan kepada arwah 'Kak Long'..
    Semoga Arwah di bawah rahmat Ilahi. Amin

    Semua ahli keluarga Sakura telah bergegas ke hosp Gua Musang..tinggallah Sakura bersama bdak2 ni di rumah.

    Maafkan Sakura sebab Sakura ini memang susah untuk didekati sebagai ahli keluarga. (Anti Social dgn family/relative) Sakura memang susah nak meluangkan masa bertemu dengan ahli keluarga yang lain. Ia memang salah satu sifat semulajadi Sakura. Tapi Sakura senantiasa mendoakan kebaikan kepada semua orang.

    Al-Fatihah juga kepada arwah pakcik Hashim..
    yang juga meninggal minggu lepas di hospital usm kerana menderita buah pinggang.
    walaupun sudah berniat mahu jumpa pada hari cuti keesokannya. Namun Tuhan telah menetapkan waktu itu lah juga nyawa arwah akan diambil. Walhal..wad sakura bekerja hanya setingkat dengan wad arwah. dimanakah silapnya?

    Nasi dah basi, kalau jadi bubur takpe lagi.
    Sesal x dapat jumpa arwah. Kalau lah Sakura ni lebih fikir panjang. Mungkin Sakura boleh jumpa mereka lebih awal lg.

    Pengajarannya: jumpalah ahli keluarga sebelum dia sakit lagi, seblum die sakit teruk, dan sebelum dia dipanggil dari dunia ini.

    maafkan Sakura. Tahun lepas pon, Sakura rasa bersalah sebegini juga. Kenapa satu pun tak berjaya Sakura laksanakan dengan baik? ..Ya Allah tempatkanla mereka di bawah cahaya kebaikan, dan semoga aku sentiadsa mengingati kematian. Amin.

    Ini entry bukan untuk membuka pekung di dada. tapi untuk menyedarkan semua pihak. Duniawi hanya sementara. Alam satu lagi adalah peluang sebenarnya yang kita ada. Jadi sentiasa mengingati kematian ye.

    Menziarahi orang yang sakit sangat2 di galakkan di dalam agama kita yakni Islam. beringatlah.