Since 2010

Since 2010

Tuesday, August 23, 2011

Sapa minat A.N.JELL angkat tangan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Ha, best kan lagu dier..heem..memang best..  tak gitu?

so, tengok yang bawah nie plak..



melantun i mak u!.. ahhhh.. ANJELL version Jepun plak...hehe yes2..
suke2

nampaknye due2 sama best, lagu diorang versi jepun pon nice! sangat nice koT!..hehe



Nama cerita You're Beautiful telah ditukar versi ke Ikemen Desu Ne
so..nntiekan update nye nantie.. LAYANZZ



p/s: Ouran High School Host Club drama version pon dah muncul...(im melting right now) :P

Sunday, August 21, 2011

Aku Lagi Malas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bahawa sa nya Sakura bagi reply entri untuk entry ksol yang bertajuk Mood Malas. ahaha
 http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com/2011/08/mood-malas.html?
Kenapa...? haha.. sebab malas la.. walhal bnyk je perkara kat dalam kepala nie..ahaha
1. CUti sebelum Hari Raya :(
2. Bonus2 + Duit Raya Lebih :]
3. Boleh tak nak beli iphone/ipad? :P
4. Boring layan youtube ja 0_0
5. Hurmmm... menguap ja kerja
6. Moga patient makin skit smpai bila2..hahaha ;)
7. Kak soL a.k.a Dr. Sol... sorry ciplak kamoo punye idea.. (sbb malas kan .hehe)

credits goes to Kak sOL ..hehe jgn mare yew.. ahaks! :P

Thursday, August 18, 2011

Maizurah Hamzah Di Mata Korea!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sakura nak tanya kamu.. Kamu Kenal Maizurah? Kenapa dengan korea?
Sebenarnya kamu yang tak kenal boleh Sakura ibaratkan dengan katak di bawah tempurung.
Sorry to said..
Kenapa ya? Dia terkenal kat korea! Sangat2 terkenal. Walaupun itu DULU.. tapi dia menang populariti!
Saya minat beliau yang dulu & kini.

So, kepada yang mengatakan Artis Melayu tak laku depan Korea itu sila jilat balik ludah kamoo ya.! TQ!
Update: Dia ni lahir kat singapore.. im just being sad regarding somebody said that Malay artist is not that famous (who said that??)

p/s: Kalau kamu x puas hati dgn ayat2 kali ni sila sabar2 semua yer.. (entah kenapa masa taip ni emo semacam) ^_^ sorry!

Monday, August 15, 2011

Prince Of Pop LagiK? BonuS?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Haha.. sorry kepada semua pembaca... x taw knpa..Sakura suke curik gambar diorang pastu EDIT
hurmm.. Layan ajela..



anyway ..tunggu MV on da way.. tunggu lagu full on Main Jauh - Jauh pon on da way.. haha.. layan je lagu BUKU BARU.. hehehehehe.. Cat Farish punye song memang ade style tersendiri..dengar dan hayati.

Kata dapat bonus setengah bulan gaji..yer ker dapat nie? nak g check la..huhuhu.. :)

Thursday, August 11, 2011

Sekarang Ashraf Haziq.. Lepas ni??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rusuhan di UK, London.. sememangnya teruk. TERUK!
mungkin tak seteruk peperangan. 
Oklah.. Sakura selama ni menganggap London adalah tempat yang aman untuk menetap..mungkin kali ni Sakura akan fikir dua kali. Lebih2 lagi lepas tengok video saudara Ashraf Haziq kena rompak dengan perusuh. ITU KEBURUKAN RUSUHAN. Benci2!.

Cari je kat YOUTUBE pasal video beliau tu. Sakit Hati kerana Sakura tak dapat nak buat apa2 pon. Yang buat Sakura tak puas hati ialah sebab dia dalam perjalan nak berbuka lepas beli makanan. Then terus kena attack.. basikal kena ambik dan kena rompak. Ishhhh.. bulan puasa!..saba3... hujan batu di negara sendiri lebih baik...ituu mungkin ungkapan yang sesuai. Adakah sebab Ashraf tu muslim?, maka mereka ini boleh buat begitu pada si Ashraf,...sangat tak adil!.. Dahla buat konon2 nak tolong si Ashraf lepas tu rompak.. Apa jenis masyarakat ni.. kalau tak puas hati kat polis pergi je la merusuh kat polis..yang g duk serang si Ashraf tu kenapa? siap patah rahang/gigi.. not nice u know!

PLEASE SOLVE THE RIOTS.. NO MORE ANOTHER ASHRAF AS THE VICTIM PLEASE... !!! 

TQ Wassalam!
Click this link below, help him by voting or donate.
http://somethingniceforashraf.tumblr.com

Wednesday, August 10, 2011

Internet adalah laut moden.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

"Internet is just like a sea, modern sea..which is have lots of dangerous and freak one.. if a the sailor who sail without any point & basic, u can loose track and get dump over small island alone, or maybe worst.. get eaten by monster or killed by pirates.. give guidance to new sailor who want to sail so that they can find way to come home alive without any scracth. [Fatin Sakura,2011]"

Kepada yang faham & dan kepada yang tak faham.
Sempena bulan yang indah, marilah kita fikirkan mengenai satu lagi dugaan yang besar di arus kemodenan ini.
Internet. Kemudahan yang dicipta oleh manusia sejagat. Tiada sempadan dan tiada had. Mempengaruhi setiap perkara dan individu dalam melakukan aktiviti seharian mereka. Dalam arus kemodenanisasi ini, masyarakat telah dibiasakan dengan penggunaan internet, tak kira umur ...tua atau muda, miskin atau kaya, setiap manusia seperti wajib didedahkan dengan internet. Sedarkah kita internet bukanlah medan ilmu yang selamat untuk kita tempuhi. Sakura katakan begini kerana ia adalah seperti laut dan kita sebagai penggunanya adalah seperti pelayar. Bak kata orang ilmu itu pelbagai, tapi hanya orang yang memahaminya dan menggunakannya ke arah yang betul lebih bijak berilmu.

Kebaikan dan keburukan internet. itu yang tajuk harus Sakura buat. Tapi Sakura rasa tak semua orang ikut cara menggunakan internet yang betul. Ramai menggunakan internet secara rambang dan tidak bernas. Mengapa ia adalah laut moden? mengapa ia adalah berbahaya. Laut akan bergelora bukan dan ia tak semanis di pesisir pantai. Akan adanya ribut, akan adanya lanun dan pelbagai dugaan yang akan mengganggu pelayaran kita. Sedarkah kita menggunakan perkataan layar? Surf? sebagai penggunaan mengunakan internet. Dalam melayari internet, anda akan bertemu dengan kecaman virus, hackers, spam, iklan dan sebagainya. Jika ada yang bijak, maka mereka berjaya mengelak. Bagi yang tidak berfikir panjang, mereka akan terpesona, tanpa mengetahui ada perangkap.

Penyebaran ilmu di internet sememang pesat berlaku. Setiap hari ada sahaja cerita yang kadang-kadang tak termasuk dek akal. Sakura ingin menyatakan fitnah boleh berlaku bila-bila sahaja dengan adanya internet. Mengapa? Sebab orang yang memberi ilmu tidak membataskan maklumat yang ada hinggakan ada pihak yang tidak memahami maksud sebenar. Penggunan internet haruslah matang, walau kita sedari hanya ada segelintir sahaja penggunanya adalah pengguna matang. Apa pengguna matang? Pengguna yang matang menyebarkan maklumat dengan menyiasat maklumat itu. Tidak menyampaikan fitnah hanya semata - mata ingin keuntungan. Tidak menimbulkan pergaduhan dalam berkongsi ilmu. Tidak mengejar kebendaan dalam memberi ilmu. Mengapa? Kerana pengguna yang paling ramai di lautan moden ini ialah pengguna tidak matang. Mengguna internet secara membuta tuli. Berkongsi cerita yang belum pasti kebenarannya. Menyebar fitnah hingga mengaibkan individu. Menentang kebenaran dan menimbulkan pergaduhan. Mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.

Siapa yang harus dipersalahkan?? Ibu bapa? Sedangkan mereka mengharapkan si anak yang mengajarnya. Anak? Sedangkan mereka masih mentah dan perlu diajar. Guru? Sedangkan guru masih belajar menggunakannya ke arah kebaikan. Siapa? Siapa? Sakura ingin mengatakan sesiapa sahaja yang boleh menggunakan internet dengan sebaik mungkin merupakan orang yang paling bertanggunjawab menyebarkan panduan yang bernas kepada mereka - mereka ini bagi melayari internet secara bertanggungjawab. Ini kerana, orang yang memberi kemudahan internet kepada kita tak semestinya tahu menggunakan internet secara bertanggungjawab. Mereka hanya berkongsi kemudahan dengan anda disamping mengaut keuntungan daripada kemudahan yang anda miliki.

Bagaimana harus anda perbaiki? Berbekalkan ilmu yang ada, gunalah pembimbing bagi yang pertama kalinya. Kalau sudah tersesat tanyalah. Nanti malu bertanya sesat jalan. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut menggunakan internet, gunalah ilmu yang sedia ada. Buku masih berguna buat mereka. Kerana ada punca yang boleh dipercayai.

Sekian. Wassalam.

Sunday, August 7, 2011

7th Ramadhan : Me & Myself

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Well, Sakura lukis lagi...kali ni tak pakai pensel ori, pakai SAI paint aja. Nice..baru jinak2 pakai.
touch up sket dgn photoshop.. okla..
actually hari ni sahaja nak bagitaw, Sentiasa Murahkan diri dengan SENYUMAN!
ok! bye2!

Friday, August 5, 2011

5th Ramadan :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ni Sakura start kerja balik... 
moga2 malam ni adalah malam yang diberkati.
Semoga tak ada apa2 yang berlaku di wad. :)

Tadi layan youtube, terbelek laman Akustik Raya 2010.. hehe
Macam nak tengok ja lagi tahun ni... 
tapi kalau boleh buatlah time bukan bulan ramadan. 
Tak baik terjerit2 bulan puasa ni makrukh. ..hurm..

Terfikir nak buat vlogging sempena bulan puasa ni. 
Tapi ada problem lain pula. .. Mana pergi charger Camera???

So Sakura tengah mengemas bagai nak 'rak' sekarang ni, mungkin dapat jumpa barang yang Sakura cari. :)
Selamat berpuasa semua. :)


Tuesday, August 2, 2011

2nd Day Of Ramadhan 3rd Day Of Tarawikh



Assalamualaikum & Salam Sejahtera
  1. Ketenangan Jiwa
  2. Kenikmatan Pahala
  3. Kemesraan sesama Islam
  4. Hilang Stress
  5. ^_^.. Bahagia!




Sekian. Wassalam!

Monday, August 1, 2011

[Info] Oh Ubat Gastrik! Omeprazole

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masuk bab gastrik ni, semua orang tau kan. Ia memang X best!.. Sempena bulan puasa ni. Gastrik sangat famous ngan kita. Ade orang akan guna alasan gastrik untuk tidak berpuasa. Oh Pleassse.. Doktor kata Gastrik boleh puasa K! jangan menipu.. x baik ..berdosaaa! Except kalo btol2 xleh nak elak la.

Okay, mari bincang sama2 mengenai ubat gastrik. Salah satu nama ubat gastrik ni kalau tak silap Sakura ialah Omeperazole. Ia bertindak untuk mengurangkan penghasilan asid dalam usus/perut. (bila dah kurang asid, takde lah berGastrik lagi)
Omeprazole ni ade nama lain (nama komersial) iaitu :
Ometac / Prilosec/ Prilosec OTC/ Zegerid / Nexium
(semua ubat ni kadang2 tak sama bentuk pon, sebab lain2 syarikat, mengikut dosage yang berlainan)


Cara nak makan dia pulak ialah makan dengan segelas air dan perut yang kosong. Dinasihatkan supaya makan terlebih dahulu dan biar perut kosong selama sejam lebih. (arghh pening2) (lepas makan ke sebelum makan?) err... sELepas Makan k!.. (Baca jer la dia punya panduan) (kadang2 Sakura pon main telan je sbb tak ambil perhatian)


Dosage dia? Bergantung la.. ade 10 mg, 20 mg, 40 mg.. biasanya 10mg dah ok da. Kalau tak pasti sila dapatkan kepastian dengan pakar farmasi dan juga doktor k. Tak payah2 pening2. ^_^.

Nanti Sakura update lagi kalau ade apa2 perubahan k!