Assalamualaikum & Salam Sejahtera
"Internet is just like a sea, modern sea..which is have lots of dangerous and freak one.. if a the sailor who sail without any point & basic, u can loose track and get dump over small island alone, or maybe worst.. get eaten by monster or killed by pirates.. give guidance to new sailor who want to sail so that they can find way to come home alive without any scracth. [Fatin Sakura,2011]"
Kepada yang faham & dan kepada yang tak faham.
Sempena bulan yang indah, marilah kita fikirkan mengenai satu lagi dugaan yang besar di arus kemodenan ini.
Internet. Kemudahan yang dicipta oleh manusia sejagat. Tiada sempadan dan tiada had. Mempengaruhi setiap perkara dan individu dalam melakukan aktiviti seharian mereka. Dalam arus kemodenanisasi ini, masyarakat telah dibiasakan dengan penggunaan internet, tak kira umur ...tua atau muda, miskin atau kaya, setiap manusia seperti wajib didedahkan dengan internet. Sedarkah kita internet bukanlah medan ilmu yang selamat untuk kita tempuhi. Sakura katakan begini kerana ia adalah seperti laut dan kita sebagai penggunanya adalah seperti pelayar. Bak kata orang ilmu itu pelbagai, tapi hanya orang yang memahaminya dan menggunakannya ke arah yang betul lebih bijak berilmu.
Kebaikan dan keburukan internet. itu yang tajuk harus Sakura buat. Tapi Sakura rasa tak semua orang ikut cara menggunakan internet yang betul. Ramai menggunakan internet secara rambang dan tidak bernas. Mengapa ia adalah laut moden? mengapa ia adalah berbahaya. Laut akan bergelora bukan dan ia tak semanis di pesisir pantai. Akan adanya ribut, akan adanya lanun dan pelbagai dugaan yang akan mengganggu pelayaran kita. Sedarkah kita menggunakan perkataan layar? Surf? sebagai penggunaan mengunakan internet. Dalam melayari internet, anda akan bertemu dengan kecaman virus, hackers, spam, iklan dan sebagainya. Jika ada yang bijak, maka mereka berjaya mengelak. Bagi yang tidak berfikir panjang, mereka akan terpesona, tanpa mengetahui ada perangkap.
Penyebaran ilmu di internet sememang pesat berlaku. Setiap hari ada sahaja cerita yang kadang-kadang tak termasuk dek akal. Sakura ingin menyatakan fitnah boleh berlaku bila-bila sahaja dengan adanya internet. Mengapa? Sebab orang yang memberi ilmu tidak membataskan maklumat yang ada hinggakan ada pihak yang tidak memahami maksud sebenar. Penggunan internet haruslah matang, walau kita sedari hanya ada segelintir sahaja penggunanya adalah pengguna matang. Apa pengguna matang? Pengguna yang matang menyebarkan maklumat dengan menyiasat maklumat itu. Tidak menyampaikan fitnah hanya semata - mata ingin keuntungan. Tidak menimbulkan pergaduhan dalam berkongsi ilmu. Tidak mengejar kebendaan dalam memberi ilmu. Mengapa? Kerana pengguna yang paling ramai di lautan moden ini ialah pengguna tidak matang. Mengguna internet secara membuta tuli. Berkongsi cerita yang belum pasti kebenarannya. Menyebar fitnah hingga mengaibkan individu. Menentang kebenaran dan menimbulkan pergaduhan. Mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.
Siapa yang harus dipersalahkan?? Ibu bapa? Sedangkan mereka mengharapkan si anak yang mengajarnya. Anak? Sedangkan mereka masih mentah dan perlu diajar. Guru? Sedangkan guru masih belajar menggunakannya ke arah kebaikan. Siapa? Siapa? Sakura ingin mengatakan sesiapa sahaja yang boleh menggunakan internet dengan sebaik mungkin merupakan orang yang paling bertanggunjawab menyebarkan panduan yang bernas kepada mereka - mereka ini bagi melayari internet secara bertanggungjawab. Ini kerana, orang yang memberi kemudahan internet kepada kita tak semestinya tahu menggunakan internet secara bertanggungjawab. Mereka hanya berkongsi kemudahan dengan anda disamping mengaut keuntungan daripada kemudahan yang anda miliki.
Bagaimana harus anda perbaiki? Berbekalkan ilmu yang ada, gunalah pembimbing bagi yang pertama kalinya. Kalau sudah tersesat tanyalah. Nanti malu bertanya sesat jalan. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut menggunakan internet, gunalah ilmu yang sedia ada. Buku masih berguna buat mereka. Kerana ada punca yang boleh dipercayai.
Sekian. Wassalam.