Since 2010

Since 2010

Friday, October 8, 2010

Kurang Kolagen dalam Tulang?


[Health Info] Osteogenesis Imperfecta

Pengenalan:
Osteogenesis Imperfecta turut dikenali sebagai Brittle Bone disease atau dalam bahasa yang difahami ialah masalah tulang lambat/gagal melalui proses pertumbuhan yang normal. Merupakan masalah berpunca dari genetik. Tetapi boleh dikatakan jarang berlaku. Apabila seorang individu mengalami penyakit ini, mereka mudah berisiko mengalami kepatahan tulang (tulang lembut) hanya dengan kecederaan ringan ataupun tanpa sebarang sebab.

Punca?
Disebabkan oleh keabnormalan dalan gen yang ‘code’ untuk proteins yang mana melibatkan penghasilan kolagen. Kolagen ini ialah protein yang terpenting untuk tulang memastikan tulang kuat. Dalam kata lain, mereka yang menghidapi penyakit OI kerana kurangnya kolagen dalam tulang.

Bagaimana?
Biasanya, ia diturunkan oleh ibu bapa/salah satu atau kedua2 kepada anak mereka, tak kira jantina. Ia menyerang kerana mutasi pada genetic yang telah diterima.

Tanda?
Mereka yang menghidapi OI akan mengalami:
  • Kepatahan tulang, retak
  • Risiko untuk patah semakin kurang apabila individu tersebut semakin berumur
  • Sendi/otot dislocate
  • Warna biru,grey pada mata putih (sclera)
  • Gigi yang pucat
  • Lebam2
  • Masalah pendengaran disebabkan kepatahan tulang dalam telinga
  • Masalah organ dalaman
  • Peluh yang banyak
Siasatan?
 biasanya siasatan yang dilakukan ialah seperti Xray, biopsy, ujian darah

Rawatan?
Rujuk pada pakar tulang / orthopaedic. Penjagaan tulang /pengawasan untuk mengelakkan kecederaan. Mereka perlu mendapat rehat secukupnya, dan yang penting kerap bergerak untuk penyembuhan tulang,sendi yang optimum. Bisphosphonate perlu diambil secara banyak untuk meningkatkan bone mass dan mengurangkan kes keretakan/kepatahan tulang. Ada juga yang perlu dimasukkan rod besi di dalam tulang yang lemah untuk membantu mengukuhkan dan mengelak dari patah. Perawatan perlulah antara kerjasama terapi carakerja, fisoterapi, pakar nutrisi, audiologist, orthopedic, neuro, paru2, nephrologist, dan ahli kesihatan yang lain.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: The Star, 3 Nov 2008

Cadangan Sakura Sebagai jururawat:
  • Memantau keadaan pesakit: tanda vital, kebersihan, keselamatan dan keselesaan.
  • Memastikan sebarang prosedur yang dilakukan ke atas pesakit tidak berisiko untuk mengalami inciden kepatahan/keretakan tulang.
  • Berhati-hati dalam melakukan prosedur.
  • Menggalakkan pesakit mendapat rehat yang mencukupi
  • Mengurus pemakanan pesakit: ubatan yang sesuai, diet yang secukupnya
  • Memastikan saudara-mara dan pesakit memberi kerjasama: pendidikan kesihatan
  • Mengurus temujanji dengan pakar medikal untuk siasatan lanjutan.
  • Memberi sokongan moral dan terapi spiritual
P/S: Teringat zaman cousin kecik2 dulu..cianye dia patah tulang tangan tapi sekarang da ok daa! ^_^

No comments:


BLOGGERS MALAYSIA