Since 2010

Since 2010

Saturday, July 30, 2011

[Agama] Di saat Nyawa diambiL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

         Topik hari ni lebih ke arah keagamaan dan spiritual. (mungkin sempena Ramadhan kot)
Sebagai seorang yang merawat pesakit di hospital, Sakura sentiasa mendapat pelbagai pengajaran semasa situasi melihat pemergian pesakit diambang kematian. Jadi, just nak share apa yang Sakura rasa. Sorry.. title dan isi sedikit tak kene mengena ... :)

        "Bersedia atau tidak, nyawa tetap akan diambil" .. ada diantara mereka yang menerima takdir (qada' dan qadar) yang telah ditetapkan. Takdir oh takdir. Apakah yang bisa diubah? Sakura hanya boleh katakan kalau perjalanan hidup kita sebelum mati ini boleh diubah dengan gaya hidup kita, niat kita, dan yang penting kemana arah tuju kita. Kalaulah mahu ke neraka, maka pergilah kamu ke mana tiadanya hala tuju itu. Tak perlu ke masjid, tak perlu jadi baik. Kalaulah mahu ke syurga, maka pergilah ke jalan yang mendorong ke arah akhirat. Buat amal ..buat ibadat..niat kerana Allah S.W.T. ..
               
         Kalau dah sampai ajal, maka kita tak mampu mengubah sebarang nasib kita di akhirat. apa yang boleh Sakura katakan keluarga kita dapat mengubah sedikit nasib kita di alam kubur. Contohnya yang paling senang ialah ilmu.. kalau ilmu itu baik digunakan untuk perkara yang baik, maka akan dapatlah keistimewaan kita di alam kubur, kalau ilmu itu buruk digunakan untuk perkara yang buruk, maka akan dapatlah azab yang teruk di kubur. Itu belum termasuk lagi hutang dan dosa antara manusia.

       Sebagai seorang jururawat dan juga seorang manusia. Kita bertanggunjawab dalam mengubah pesakit kita ke jalan yang diredhai. Walaupun tak berdaya untuk mengubahnya 100%, sekurang - kurangnya kita mengurangkan beban mereka di alam kematian. Percayalah ramai lagi pesakit kita yang belum terurus solat 5 waktunya. Dan tak semestinya mereka semua jahat. Hal itu biarlah Allah yang menentukannya.
  
      Berbalik kepada topik di saat nyawa diambil dan kaitannya dengan Sakura. Pada pandangan Sakura, saudara - mara pesakit atau sesiapa yang berkunjung sangat memainkan peranan yang besar. Contohnya, mendoakan kesejahteraan pesakit. Ada diantara mereka tidak menerima kenyataan yang berlaku kepada ahli keluarga mereka. Kematian bukan perkara senang untuk diterima lebih2 lagi "sudden death ", yang tak kira masa, umur, dan jenis penyakit. Ada pesakit Sakura yang datang dengan keadaan yang sangat2 sihat, tetapi mengalami sedikit batuk, dan kemudian meninggal dunia tanpa banyak karenah. Ada diantara mereka menyalahkan pihak hospital kerana tidak dapat mendiagnos awal dan ade juga yang menyalahkan diri sendiri kerana membawa arwah ke hospital. ..Semua itu Sakura telah lalui dengan perasaan sedih, hampa, kecewa dan marah. Marah di sini bukan kerana marahkan takdir ataupun marahkan ahli keluarga pesakit. Marah di sini adalah kerana "kalaula kita tahu lebih awal.." ayat ni sentiasa muncul saat2 pesakit menghampiri kematian.

     Emosi adalah perkara utama, "u go, i sad"... of course we all sad. Meratapi kematian seseorang bukan perkara baik dan juga bukan perkara buruk. "biarkan ia berlalu pergi" .. itu lebih baik. Semolek - moleknya ketika melawat pesakit di hospital ..silalah banyak memberi sokongan moral. Sedekahkn senyuman dan alfatihah. (biarlah dia belum meninggal..mendoakan adalah lebih baik)


       (sorry, ayat tunggang langgang sebab hati/perasaaan tengah bercampur baur)
.... Sakura terasa sayu dan rindu untuk berada di bulan Ramadhan.. semoga banyak rahmat bulan ini. ^_^...
SEkian!.. Wassalam..

No comments:


BLOGGERS MALAYSIA