Since 2010

Since 2010

Friday, October 15, 2010

Mimpi Jadi Kenyataan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sakura nak cerita sepanjang seminggu kerja di wad peadiatrik, Sakura dah mula jatuh cinta ngan peadiatrik. rasa bersalah n sayang nak tinggallkan 6s. rupenye Sakura diberitahu untuk bertugas secara kekal di 7 utara. Sebut pasal 7 utara ni, ia memang ada kaitan dengan tajuk kali ni. Ape dia? Sakura nak cerita la ni.

" You have 1 unread email"
Sakura pon bkak la,
"Tatkala subuh menjelma, tanah Melaka kembali dijajah, moga berdiri dengan megah, sehingga musuh kalah"
Urm, sapa hantar plak nie? Siap gambar pahlawan tanah melayu zaman kesultanan melaka lagi ni?
"Email From Azlida AbKadir"
Eh? Apakah ini?

Selang beberapa minit, Sakura terjaga dari tidur. Eh, apsal puan Azlida send email semacam jer kat aku ni? dalam mimpi plak tu? hurm... Sakura bangun bersiap untuk pergi majlis penutup orientasi.

"Okay, saya umumkan nama dan penempatan kekal kamu"
Tiba - tiba berdebar plak jantung nie bila nama kawan - kawan disebut. Tachy...
"Fatin .. ...."
Ohh.., Luruh jantung kejap, Sakura berdiri dengan penuh berserah pada Allah.
"7 utara!"
Erk.. Eh, biar btol? Kawan2 Sakura bertepuk tangan dengan gemuruh sekali. 
"wow, Fatin..Congratz!"
Sakura terduduk. Rase cam tercabut jap nyawa..uhuhu


Kalau nak diceritakan lagi.. Sakura sorang2 jer kat 7u.. uhuhu... not fair! uh.. ok la tu..ade jer orang lain yang kena sorang2 jgak. kalau nak taw lebih lanjut boleh la tengok kat blog H. kat bawah ni 
tetiba cam sebak plak...uhu.. mimpi jadi kenyataan.. oh rupenye itulah mesej tersirat yang disampaikan oleh lecturer Sakura ek..ehehe...

malam tu, untuk menghilangkan sebak,
Sakura ajak kawan2 Sakura kuar release tension. Kebetulan malam tu dah start ekspo kampus kat usm kampus kesihatan. Nak dijadikan cerita ade antara kawan2 Sakura tak nak kuar sbb melayan perasaan. uhuh.
So Sakura kuar bertiga jela, ngan Amalina n izzatie...
Pengalaman berhrga untuk release tension ialah Sakura dan kawan2 masuk umah hantu. haha.
Nice memori. Mana taknya Sakura kena lead diorang masuk umah hantu. memang takut gilew actually. Tapi sebab nak release tension tu, Sakura tengok hantu tak takut lagi berbanding dengan 7 utara yang Sakura nak masuk ni. jadi sepanjang hantu buat road block kat tengah jalan, Sakura tepis jer tangan sambil jerit ,

"benci 7u, benci medikal, benci kerja, benci2..." haha

itu namanya release tension, so bila nampak antu itu jerla penawar untuk tak takut antu..haha
last2 nak kuar dari rumah antu tu plak makin ramai plak antu jenis ngeri2 kuar...adoii. 
tetiba ayat2 begini dijeritkan dari mulut Sakura 

"tak kira la benci ke tak kat 7 utara tu.. aku nak medikal jgak..haha..aku nak balik 7u tu"

sekali hantu tu sergah kat depan Sakura...dengan steady dan takutnye Sakura jerit

"ahhh, hantu jer pon..aku tak kesah dah hantu ke aper ke, yang penting 7u lagi menakutkan!!"

ahaha, Sakura pon tepis2 tangan hantu and sambung jalan2.
eh, kawan Sakura lagi dua orang ape cerita? diorang kat belakang Sakura la...ade yang takut, ade yang tutup mata jer sepanjang perjalanan...hahahahahaha
 dalam kata lain Sakura dah release tension semalam. haha..good job!




p/s: hatim(steady) n harissudin(sesat) per cerita hahaa..

2 comments:

Unknown said...

tahniah kak,
selamat bekerja kat 7Utara,,
hwaiting :)

Fatin Sakura said...

tq...hehe..kite jumpa di sana ye..ehehe


BLOGGERS MALAYSIA