Since 2010

Since 2010

Thursday, April 21, 2011

Ini Era Penyebaran Penyakit Bawaan Udara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kenapa Sakura bicara mengenai ini? Bukan ke H1N1 sudah bebas?

Malaysia belum bebas dari H1N1..sisa2 mereka masih wujud ok.

Tapi di sini Sakura hanya nak menghighlight kan mengenai Penyakit Bawaan Udara.

Contoh nya ialah Batuk, Selsema, (okay , 2 benda yang menjadi kebiasaan orang ramai)

X semua masyarakat di Malaysia ini prihatin untuk menjaga kesihatan. Benda yang biasa seperti batuk dan selsema sebenarnya boleh membawa ke arah yang lebih serius.

Contoh nya H1N1. Kalau seseorang tu tidak mengamalkan teknik kebersihan yang betul ....
- basuh tangan sebelum, semasa, selepas melakukan sesuatu
- menutup hidung, mulut jika batuk atau bersin
- guna tisu atau sapu tangan peribadi
- tidak meludah di tempat awam
- sentiasa menjaga hygiene tubuh badan
- tidak menjalankan aktiviti yang boleh menyebabkan orang lain berjangkit

sebenarnya bukan H1n1 sahaja yang anda perlu Take A Note, Pulmunary Tuberculosis (Batuk Kering) juga perlu diambil kira.

- Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.
-------(http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Batukkering.php)

Perlu diambil PERHATIAN, kepada ibu bapa yang menyayangi kanak - kanak atau anak - anak mereka. Diminta tidak membawa anak anda KE HOSPITAL untuk TUJUAN meLAWAT saudara mara. Lebih2 lagi jika ward itu padat dengan pesakit. RISIKO untuk anak anda mendapat penyakit berat adalah tiNGGI...sebab sistem imun kanak-kanak adalah rendah untuk melawan kuman2 tersebut.
tolonglah jangan lepaskan anak - anak anda bermain di ward yang padat dgn pesakit. Sakura sangat gerun kalau ibu bapa datang ke ward dan melepaskan anak mereka bermain seperti berada di taman permainan.
berapa kali kamu mahu Sakura ingatkan (PAPAN TANDA sudah melekat banyak2 supaya kamu berjaga-jaga)



so, kalau dah balik dari hospital tu silalah mandi ok! TERUS BALIK!!

ha....bende ni kene ambil serius JGAK... jangan plak lepas lepak di HOSPITAL ...kamu singgah kat kedai makan, pasaraya...huiihhh...risikonya orang lain dapat jangkitan dari kamu pula.

kesimpulan: dah nampak orang batuk2 , pesan kat dier ...balik umah atau g hospital untuk rawatan LANJUT...xpayah nak duk rapat2...nntie jangkit!

No comments:


BLOGGERS MALAYSIA