Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sakura sahaja nak menulis cerpen malam ni.. blum habess. Harap ade yang bagi komen/kritikan/pujian yang membina untuk Sakura. Dah lama Sakura tak berkarya genre cerpen ini. Harap ada yang sudi bantu ye. TQ.
Arian mencapai botol supplement hariannya. Itu adalah perkara wajib yang perlu dimakan sebelum ke pejabat. Melihat matahari yang akan naik sebentar beberapa minit sahaja lagi, Arian bergegas mencapai kunci kereta dan beg sandangnya. “Mak, Ari pergi dahulu ya”,sahut Arian. “Pergilah Ari, jangan lupa ambil bekalan di atas meja itu”, pesan Puan Nora. Sedang turun ke tempat parking kereta, Ari mendengar muzik riang di kedai 24 jam bersebelahan. Kereta Toyota buatan Jepun itu mula bergerak menghala ke bandar Shibuya. Ari memandang Apartment 20 tingkat itu, kelihatan ibunya sedang melambai di tingkat 6. Ari tersenyum melihat kemesraan ibunya itu. Kalau dikenangkan, jika ayahnya masih hidup mungkin ibunya tidak kesepian seperti sekarang. Mujur adiknya Erin dan Azian masih lagi menemani ibunya. “Mak tak kisah Ari, yang penting carikan menantu untuk mak, itupun dah cukup”, pesan ibunya. Kalau ikutkan hati, mahu si Arian ini berkahwin. Masalahnya, adakah jodohnya di bumi matahari terbit ini. Arian pernah mencuba untuk menemui gadis pilihan ibunya. Akhirnya gadis itu sudah memiliki teman lelaki tanpa pengetahuan keluarga. Maklumlah rata - rata gadis senegaranya sudah awal – awal mencari jodoh semasa belajar di universiti. Handphone Ari berdering. “Hello Arian, Takuma-san was here, he want to meet you ASAP!, please be hurry”, kata Jason. Arian menekan pedal minyak untuk bergerak dengan lebih laju. Takuma-san bukan calang – calang orang. Kalau dia mahu segera, ia bermaksud Arian perlu berjumpanya dengan kadar segera. Sejurus sahaja sampai ke bangunan EZLine Enterprise, Arian segera meluru ke bilik Takuma-san. “Arian, it is good to see you! I have a news for you...”, kata Takuma-san. “What is it Takuma-san?”, tanya Arian. Takuma-san menghulurkan sekeping sampul yang mempunyai surat rasmi dari ibu pejabat yang berpangkalan di Tokyo. “Congratulation, you have been promote as Executive Manager!. After one month, you can start to work at Osaka”, jelas Takuma-san. Arian sangat bersyukur dengan apa yang berlaku. Akhirnya tuhan kabulkan juga permintaan dia untuk menambahkan rezeki kepada keluarganya. Dapatlah juga dia menampung pembelajaran adik – adiknya di universiti nanti.
“Mak, Ari akan kerja bersungguh – sungguh mak, Ari takkan lupa pesanan mak,” janji Arian kepada ibunya. Puan Nora sebenarnya sedikit bimbang berjauhan dengan anak teruna yang seorang tu. Maklumlah Arian itu anak sulung dalam keluarga. “Jaga diri baik – baik dekat sana tu. Kalau di Shibuya ibu tak kisah sangat, kawan kamu ramai. Tapi kalau di Osaka, mak takut kamu tak biasa lagi”, tambah ibunya lagi. “Yelah mak, Ari ingat pesanan mak itu, Ari kan lelaki mak, tahula Ari macam mana nak hidup kat sini. Hujung minggu nanti Ari balik la rumah mak”, kata Arian lagi. Kali ini Ari terpaksa tinggal berasingan dari keluarganya kerana sejak naik pangkat. Pelbagai urusan perlu dikendalikan di pejabat barunya itu. Syarikat EZLine merupakan syarikat muda yang sedang meningkat naik dalam industri pemasaran barang tradisional Jepun. Osaka merupakan bandar terbaik untuk menarik pelanggan. Yamato merupakan rakan sekerja yang pertama Arian kenal sepanjang berada di Osaka. Nasib Arian baik kerana Yamato merupakan penduduk asal di Osaka. Banyak perkara Arian telah dapat pelajari sepanjang bersama dengan Yamato.
bersambung....
p/s:tahniah pada SEPAH, JOZAN, NABIL, JAMBU.. anda layak jadi Maharaja!!!!