Since 2010
Saturday, July 17, 2010
TerimaKasih
Assalamualaikum, Sakura sangat gemuruh sekarang nie, tapi Sakura ambil inisiatif ini untuk menulis di ruangan blog Sakura ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa, adik, saudara-mara dan seluruh ahli keluarga. Sakura berasa bersyukur kerana Sakura telah menamatkan 3 tahun pengajian Sakura di arena perawatan dan kesihatan ini. Jadi Sakura rasa sangat terharu dengan sokongan padu yang sentiasa diberikan kepada Sakura.
Terima kasih juga kepada guru-guru dan pensyarah. Merekalah yang sentiasa membantu Sakura di saat Sakura memerlukan sokongan, dorongan serta tunjuk ajar mengenai ilmu yang Sakura pelajari di universiti. Setiap pengalaman bersama mereka buatkan Sakura mengenali perkara baru dan meningkatkan kemahiran diri Sakura. Jasamu tetap dikenang buat selamanya.
Terima kasih kepada teman - teman yang Sakura kasihi. Tidak kira rakan sekolah ataw rakan di unversiti. Mereka lah sahabat, teman, dan rakan yang Sakura ada di atas dunia ini. Tidak kira ketika susah atau senang, mereka sentiasa hadir memberi kekuatan kepada Sakura. Pengalaman kita bersama takkan luput dari ingatan. Sakura merindui saat - saat kita bersama menimba ilmu, meluangkan masa bersama, dan kesusahan yang dilalui bersama.
Terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana nikmat yang diberikan. Memberi Sakura peluang untuk menimba ilmu dalam keadaan yang tenang dan aman. Membuatkan Sakura insaf dan sentiasa mengingati Allah sepanjang kehidupan ini.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih, ....
Itu sahaja yang Sakura mampu luahkan kerana kalau tiada kamu semua, maka Sakura masih berdiri di tampuk lama, seperti katak di bawah tempurung.
Jadi, walaupun apa yang terjadi Sakura tetap akan mengenang budi sampai mati.
Sakura mohon maaf kalau pernah membuat silap dengan sengaja atau tidak sengaja.
Sakura sayang kamu semua. Moga kamu semua juga begitu.
Maka Sakura akhiri ucapan ini dengan wassalam dan TERIMA KASIH.
salam sayang dan salam rindu dari Sakura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment