Since 2010

Since 2010

Sunday, August 8, 2010

~MY ConVoCatIon~

^_^ assalamualaikum, nak teka mood Sakura? ohh takperlu..riak muka sudah menunjukkan Sakura happy kan :P

Bertempat di USM, Kampus Induk, Pulau Pinang. Pada 5 haribulan Ogos tahun 2010. Pada pukul 9.00 pg sampai 12.00 tgh hari.
Sakura merupakan Sidang ke 3 hari Konvokesyen di USM. ^_^
Nama Sakura dipanggil pada giliran yang ke 12 daripada kumpulan diploma kejururawatan.
Nak tahu apa yang Sakura rasa? Yup, Nervous! sangat2 nervous. Hanya mampu mencari tanda pangkah kuning yang diarahkan berdiri dan dituju. Tak tahulah rupa sebenar Sakura dalam gambar nanti. Kecoh betol. Hehehe..


Gembira dapat jumpa kawan2 dan melihat kawan2 yang lain naik pentas dan menerima anugerah. Sakura pon gembira bila family Sakura sanggup datang berkongsi gembira dengan Sakura, tak lupa juga puan (pensyarah ) yang banyak berkorban dalam mencurah ilmu turut hadir. Sayangnye adik Sakura tak dapat hadir bersama, ade juga ahli keluarga yang tak dapat hadir, begitu juga pensyarah yang lain. Oh ya Sakura tak pasti adakah semua kawan Sakura hadir masa penganugerahan hari itu. Maklumlah ia adalah hari yang sibuk buat diri masing2.

saya cilok gambar nani satu hehehe..
^_^. Tahniah kepada semua kawan2.
Terima kasih sebab ada yang bagi bunga. ^_^
Terima kasih juga kepada yang beri ucapan tahniah, semua itu bermakna buat Sakura.
Terima kasih kepada puan dan junior ku yang bagi banner itu. Cantekkk ^_^.


Sorry la kerana Sakura tak sempat nak spend masa dengan semua orang ^_^. Hari yang sibuk sebab hari itu Sakura kena balik terus, kalau ikut jadual kena ke KL kjap. Kemudian balik Kelantan. ^_^.
Okay thats all buat masa nie bye2.

p/s: malu sebab lupa nak control diri kat atas pentas..hahaha

No comments:


BLOGGERS MALAYSIA