Since 2010

Since 2010

Thursday, May 26, 2011

Tahap Kesabaran Sakura

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tahap kesabaran?

 
1.dlm surah al-baqarah ayat 153 Allah berfirman yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,mintalah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan solat.Allah bersama dgn orang yg sabar."

2.dalam surah al-imran ayat120 Allah berfirman yg bermaksud,"jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu."

  3.dalam surah an-Nisak ayat 25 Allah berfirman yg bermaksud,"jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu"

4. sabda nabi yg diriwayatkan oleh imam tarmizi yg berkmaksud,"sesungguhnya kejayaan bersama-sama dgn kesabaran,kelaparan bersama-sama dgn sesusahan dan sesungguhnya beserta dgn kepayahan adalah kesenangan"

5. "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
(Maksud ayat 155:Al Baqarah)

6."(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(Maksud ayat 96: An Nahl)

7."Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (sesorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Maksud ayat 11: At-Thaghaabun)

8.Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:

Sabar itu ada tiga:
·  
               Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap masalah atau musibah yang menimpanya sebaliknya menerima dengan redha musibah itu. Maka Allah S.W.T mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dengan bumi.
·   Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan ibadah dengan taat dan menanggung kesukaran ketaatan itu, maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.
·   Barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan perbuatan maksiat, Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy. Dia adalah mahluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya adalah paling tinggi.
 
 Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
 
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
Kalau kamu tengok entry ni sedikit ke arah kerohanian. Memang pon. Sakura x cukup sabar sekarang ni. Sebelum Sakura marah ikut suka ati dalam blog ni baik Sakura renung2 ayat2 Alquran hadis dan buku2 agama.
Bukan apa, Sakura cuba tak mengamuk, Sakura cuba sejukkan hati. Ramai orang sekarang nie suka buat Sakura marah yang amat sangat. Adakah sebab Sakura ni terlalu Sabar dengan kata2 ataw pun memang orang sekarang ade sikap buruk iaitu pijak kepala orang dengan lawan kata orang tanpa fikir akibatnya.
Adakah orang zaman sekarang x fikir mengenai maksud "jaga hati?" Kalau ikutkan hati , Mati!.
 
Ya Allah , ku pohon kekuatan dalam aku menahan kesabaran dari kemarahan yang membara, semoga aku tidak melakukan benda yang dilarang olehMU ke atas mereka2 yang menganiaya aku. Amin.

Wednesday, May 25, 2011

MAsyuK!... Duit Oh Duit! ^_^

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bukan Duit sakura kat atas ni..credits to google!

Yeah, income dah ade dlm tgn..
Time untuk menebus hutang
x macam sorang kawan and junior ni
kaki tipu !!!!(mmg aku x halalkan ok)
(xdea da nak sembunyi - sembunyi)
List hutang/bende wajib bayar:
  • Kereta 7++ Dah
  • Hard Drive 1++ Dah
  • Insurans 1++ Belum
  • Broadband 1++ Belum
  • Yuran Oh Yuran 5+ Belum
  • Baju uniform 1++ Belum
  • Face Washing 1++ Belum
  • Lain - lain 1++ Dah terlebih
Ha...fulamak...Duit aku nak simpan tinggal 1/4 saja...hadoi...
huhuhuhuhuhuhu
xpea la..anyway hilangla sikit migrain yg serabut ni...chow!!!!

Tuesday, May 24, 2011

BeZZa, it is too good to be true..!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Im glad and jealous, even though i ride my own Persona, i still say that Proton is not the only best option in choosing your dream local cars in Malaysia, did u know that Perodua is also the best choice. Why? Myvi is one of the favourite mini cars design that i love to ride on. Great design. No offense to proton. Even though i like Persona more than others car, its look like im gonna have new 'boyfriend' if this crazy cars come outs in Malaysia.
Behold, the Bezza, Perodua Bezza. Actually im not happy with the name, it should go with A and not B... u know.. A is better than B.. But Bezza is kinda awesome name when i think about it.
U so millenium, U should be car in Tron Legacy the movie, thats so awesome u know.
I wanna buy it. Yes i will have TWO 'BOYFRIEND' after 10 years. hehe. Insyallah!
Handsome design created originally from local Malaysian people. Who will dream it before. Yes im sure its is my next car. Haha.. (Im sorry Mr. Agul, i still love u , u know. ahaks)..haha







The interior design was so imaginative....I love it!..

hurm...how about tuah, jebat, lekir, lekiu, and kasturi? i think i will think about it next time.. Right now...just dream u ride this car. I wanna try to drive it.. Its so cooL!

Monday, May 23, 2011

Guna Brushes Ranting + Prince Of Pop

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sajer nak promote... hurm..boring2 edit lagi ...hehehe

Cat farish kata album dah nak kuar
nak promote another fan blog untuk P.O.P.

Saturday, May 21, 2011

[Jom Blajar Same]~ Music Video and Me~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini Entry yang sedikit berpendidikan (lah kononn)...
Yang mana Sakura tgh nak cari idea buat music video .. well i think its my latest project.

Sila jangan muntah hijau kalau Sakura nak buat Music Video yang ada dengan Sakura sekali..hehhe..(uweek)
This is just a project. Kalau jadi, maksudnya Sakura dapat pengalaman baru sebagai videographer maybe..:P

Okay, untuk buat video music apa yang perlu anda buat ialah pergi ke link ini
apa yang Sakura dapat belajar ialah mengenai (1)pemilihan lagu. ingat senang ke nak pilih lagu? ingat senang ke nak susun video yang telah direcordkan berdasarkan lagu? So, lagu dan video merupakan perkara penting.
dan untuk buat music video, we really (2)need a team..kalau Sakura sorang yang buat...dia agak kelam kabut lol... So, please atleast ade yang je 'kakong' (sila bukak kamus loghat kelate).. Sorang jadi cameraman, sorang jage lighting, dan sorang lagi director... huh..susah jugakk...actually kalau tak ade semua pon takpe.. tapi kalau nak lancarkan perjalanan , u need a team okay! (3)planning...Sakura bab2 planning ni thumb down.. Sakura x reti ler... ishh... (4)Simpan video asal manalah taw kan.. sometime..untuk jadi kreatif kita kene la jadi sedikit pemurah untuk luangkan masa tengok balik video asal..maybe ade bende yang tertinggal.. maybe kamu boleh buat another video berpandukan video asal..so that tiada kesilapan yang berulang..(5)lokasi & live semua ni bergantung kepada situasi..iaitu indoor atau outdoor atau live atau tidak.. (6)Edit haa..yang ni Sakura reti la..uhuuu..(i need to be kreatif once more)...(7)guna software yang ade apa korang nak.. adobe after effect + movie maker plus...cyberlink pro...chantekkk!(8)kreativiti ...please cari idea ngan kawan2 atau bukak buku cerita kalau susah sangat..hahaha

5 tips penting dari about.com --> http://musicians.about.com/od/musicindustrybasics/ss/makeavideo_10.htm

link kat bawah nie Sakura blum baca lagi...aishh..dah rase boring kot duk menaip ni..hahah
-http://www.ehow.com/how_2080836_shoot-music-video.html


okay sekian..tQ


Wednesday, May 18, 2011

HATI2 dengan hidden camera! Ngeh3..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pernahkah anda rasa diintip? Pernahkah anda rasa tak selamat? Pernahkah anda rasa tak selesa terutamanya di dalam tandas? di dalam bilik persalinan? di bilik hotel? di mana2 sahaja?

Kalau anda pernah terlintas di benak fikiran anda, Sakura ingin bercerita mengenainya. Adakah ia benar wujud atau hanya di tv sahaja.

Tapi, ini bukan entry mengenai Bluetooth cctv di tandas yang pernah diwar2kan oleh rakan2 blogger kita yang lain.

Tahukah anda ada kedai yang menjual hidden camera?
http://www.home-spy-shop.com
wah3..cepat2 beli :)

Ada pelbagai jenis bentuk spy Cam yang Sakura nak tunjuk kat kawan2 semua yang mana sangat SENANG dan MURAH diperolehi. Tak caya? cayalah...

tali pinggang berkamera. nampak ada lubang kecik kat depan tu? itu ada lens tu.

Berhati2 dkat charger yang terpasang kat mana2 tu.. Berkemungkinan ade yang tengah mengintai.

nie masih baru kat pasaran lagi ni, versi keychain/remote kereta..what de???

berhati - hati dengan mamat2 yang pakai topi...

chewing gum pon x bleh nak pecaya dahhh

yang ni paling famous ni....ramai beli..yg ni mahal sket sbb laku


lighter modern, siap ade usb...yang penting bukan real lighter

mcm x pcaya je...siap water proof lagi

ade macam2 bentuk lagi... semua murah dan senang didapati...
menakutkan bukan..cuba bayangkan anda berada di dunia yang penuh dengan hidden camera? alamatnya tak tdo la yer..

yang penting Allah maha melihat. setiap apa yang anda buat di depan di belakang atau di mana2 sahaja takkan tersebunyi dari yang Maha Esa. Jadi fikir - fikirkan la.

sekian :)

Sunday, May 15, 2011

We Do Love Doctors!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


PENAFIAN: SUMER GAMBAR2 niE BUKAN HAKMILIK SAKURA.. CREDITS TO GOOGLE SEARCH IMAGE

SENJATA POWER DOKTOR YANG UTAMA :)

Sakura kini kembali selepas happy semacam (la kot) sambut hari Jururawat. :)
Eh, kalau hari Jururawat, kenapa jururawat tak cuti? Har3x.. Ish2.. Kalau Jururawat cuti sapa nak rawat pesakit? Pesakit 24 jam kat hospital. Kitew cuti? Habis pesakit pon cuti sakit la gtu? Mana leh.. Habis shift sambutla nanti. hehe.

DEWAN BEDAH MEMANG DOKTOR PUNYA SPECIALTY

Zaman bebudak: Konon nak jadi doktor. Tengok doktor pegang jarum mulalah benci.
Zaman bebudak Sakura memang la cam gtu, Sakura ni kononnyala, "dipaksa jadi doktor", ambik macam2 aktiviti kat skool, PBSM, ST John, dan macam2 ala2 medikal. So dengan sendiriknya Sakura minat ke arah medikal. Nape Sakura boleh jadi Jururawat bukan doktor?? ha.. sebab nye kita off the record dulu, next time Sakura cerita.


 KAMI SATU TEAM

Straight to da Point!.. Kenapa dengan title tu?
Itu adalah yang terzahir dari Sakura.
Masa orang tengah wish happy nurse day tu, adelah salah seorang yang ucapkan happy nurse day tu ialah seorang yang bergelar doktor. Sakura terfikir nape lah tak buat happy doktor day? heran seheran herannya. Nape ek? Lepas tu Sakura pon search mende ni kat internet oh its is 30th March. Ha, Sakura mana la taw kan. Ingat takde. Takpe2, taun depan boleh wish lagi. :)

KAT WAD JURURAWAT LAGI RAMAI SEBENARNYA TAPI KALAU KAT OT MEMANG DEPA

Der, bukan x sambut, sambut tapi tak semeriah hari guru. Kenapa ? Mana leh lawan guru. Guru itu pelita hidup. Tanpa guru jururawat ngan doktor tak reti nak menulis. haha. kan kan kan. Kami nie medikal staff sambut antara team dan rakan sejawat je. Itu yang kadang2 Sakura pon tak ingat bila hari jururawat. Sibuk keje la katakan.

 PASANGAN DOKTOR YANG SWEET :)

Sepanjang Sakura bekerja, orang paling busy bekerja ialah doktor. Kenapa? Doktor la orang yang paling busy sepanjang Sakura kerja. Even Sakura busy kerja shift paling lewat Sakura akan balik ialah sampai 4 - 5 jam sahaja. Kalau doktor yang baru kerja, a.k.a. Houseman , diorang bekerja lebih lewat dari Sakura. Kadang2 kena oncall. Oncall bukan mende yang boleh dibanggakan macam drama code blue atau team medical dragon sebab oncall di dunia nyata ternyata perit. kenapa? sebab blum smpat nak tdo rehat untuk oncall, dah kena panggil untuk urusan yang 'tiny' macam insert new IVL, blood investigation dan sebagainya. Dahla esoknya pagi2 buta kena review patient. Kata freshmen yang tgh start kerja ni, 2 tahun jgak lah tak cukup tdur. Kalau kita yang tengok nie, macam Sakura la.."mesti bestkan insert new IVL..mesti bestkan ambik darah patient".. kalau ikut nursing protokol, only the doctor or medical asisstant can do that. Not the nurse..uhuu..sob2..sedih x dapat try..

DOKTOR PALING BERPENGARUH DI MALAYSIA :)

Kadang - kadang takut nak kacau doktor yang busy buat kerja, maklumlah dah terang - terang nampak tengah busy, nak kacau buat ape. Tapi itulah staffnurse, kalau tak kacau doktor, bukan staffnurse la nampaknya. Sakura kena make sure patient Sakura di review oleh doktor mengikut team yang telah diberikan. Yang penting darah,ivl kena check sentiasa. Salah faham?? itu yang kesian tu,kadang2 kalau dah busy dan stress ni kami yang bekerja di bawah bumbung yang sama akan mengalami event yang tak disengajakan. X seNgaja ok!.. So bila hati dah sejuk , mula2 la sedar akan kesilapan diri masing2 dan rase sesal sebab menyalahkan staff lain. Walaupun busy, mereka juga manusia.



Apa yang buat Sakura love da doktor is because walaupun busy mereka tetap melakukan tugas hingga termampu. Contohnya bila ade patient yang collapse, confirm kami2 ni akan tinggalkan semua kerja lain dan tertumpu pada seorang patient tu. Masa itulah doktor2 nie sangat diperlukan dalam membuat keputusan nak buat macam mana kat patient ni. Selagi x stabil, slagi tulah 'dub dab dub dab' jantung ni. Kalau boleh nak zero kematian kat hospital. Tapi, kalau da ketentuan Tuhan, redha sahajala..lagipun kita dah usaha.

SAKURA STILL ALERGIC KAT DOKTOR GIGI...

TU JEla...SEKIAN

Sakura nak ucapkan selamat bekerja kepada bakal2 doktor di seluruh dunia terutamanya orang yang mengenali Sakura sepanjang belajar di USMkk... :) Good luck to you ALL.

SEMUA NI BELAJAR & BEKERJA SATU HEALTH TEAM (GO GO USMKK)

Saturday, May 14, 2011

Martabat Bahasa Melayu & raymondcrooke

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau anda rasa Sakura racist..im sorry.. Ini bukan mengenai perkauman ye. Im not racist.

Okayla... Naseb baik blogger dah kembali berfungsi. Ini ada satu bende yang Sakura nak share.

Okay back to the title again. Kenapa tetiba pagi buta ni Sakura post mende alah ni??
Bisik2: Sakura xdea idea la tu, sapa suruh duh mengupdate pasal kpop..klpop...
Sakura: xdea kaitan la.. Im not so into that thing.. im blogger.. need to blog anything around me. And yes i like KLpop and Malaysia Pop.. not Mpop... i like kpop jpop too ^_^..still i like Fahrenheit ..ngeh3
Sedarlah anda semua, yang Malaysia adalah serumpun dengan negara asia tenggara yang lain. iaitu, Singapura, Filipina, Brunei dan Indonesia. Bangsa yang asal berada di tanah asia tenggara ini tidak lain dan tidak bukan, Melayu. Walaupun bahasa Melayu ini banyak lenggoknya disebabkan banyak faktor sehinggakan Filipina dah menjadi bahasa yang berlainan sedikit berbanding dengan bahasa Melayu. Pada zaman dahulu..benua asia banyak pengaruh besarnya adalah dibawah kerajaan china dan jepun (sebelum kedatangan sebelah barat) dan bahasa Melayu sangat selalu digunakan di mana - mana sahaja terutama di kawasan pelabuhan. Full Stop!

dahla tu.. mana la isi entry nie yer..(entah Sakura suke pusing2 dulu hehehe)
---------------------------------------------------------direct to da point-----------------------------
nie ha Sakura nak tunjuk mende ni ha...
jom kita berkenalan dengan uncle raymondcrooke.





SiaPA? Sakura nie kaki youtube..bukan tukang upload..tukang like dan tengok je. daripada tengok tv berbayar..baik tengok media percuma..bayaran internet "berbaloi"konon.
So, uncle ni wujud di youtube. dan saya tak kenal pon uncle ni.. Just i like him because he can sing . :) and.. pandai nyanyi lagu bahasa Melayu...wah.. sangat rase bangga ...eh, tapi taklah bangga hidung tinggi perasan semacam.. biase2 je.. Sakura cuma terfikir macam mana lelaki ini menyanyi tanpa perlu fikir banyak kali yang bahasa Melayu tak best. Sebab Sakura rase ramai artist wannabe kat luar sana ni..sangat tak suka nyanyi lagu bahasa Melayu..lagi2 lagu tradisional....humm.fikirkanla.
Uncle nie nyanyi banyak bahasa lain jugak... :)..multilanguage singer gtuw..


(pasal kpop xyah kait lagi..).. Jom tengok video die..

 


Bawah Ini..just tribute for myself..muahaha


okay...:) peace no war..
sapa2 nak follow uncle ni boleh la pergi ke :

Thursday, May 12, 2011

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia ^_^

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia kepada semua Jururawat dan bakal Jururawat di luar sana. Ucapan ini Sakura tujukan kepada teman - teman Sakura, Pensyarah , dan juga senior dan junior! ^_^

actually sambutan nya di sambut bermula 6 Mei hinggalah 12 Mei. Iaitu hari ini..^_^....


nntie nak smbut hari guru plak..(peace!)



Wednesday, May 11, 2011

Kenapa MESTI KL-POP dan bukan M-POP!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hah, Sakura mula bual pasal perkara nie lagi..
Okay2 Perkara ni memang ade kaitan dengan Prince Of Pop.. tapi its not about them. Its about KL-POP and M-POP.

Sakura telah melakukan beberapa kajian mengenai apa yang telah diperkatakan oleh abang Cat Farish di dalam akhbar pada masa P.O.P mula - mula muncul dahulu.

Pada mulanya Sakura X setuju disebabkan Sakura x KAJI. Sekarang Sakura INgiN MeNeGAskAN.. SakURA SETUJU dengan KL-POP yang mewakili MALAYSIA POP. mengapa???

'M-POP' telah dikuasai oleh Mandarin POp.. walau pon x officially di dunia.. Tapi kalau dah ramai Tahu dan guna MPOP , secara automatiknya kalau kita nak promote M-pop kat dunia luar.. off course.. orang akan confius with Mandarin POp..or Malaysia POp

Kita ambil contoh kalau TPOP...mesti orang yang tinggal di negara Thailand akan menyatakan T-POP merupakan Thailand Pop... tapi sebenarnya T-POP juga stand for Taiwan POP.. tak percaya? pergi kaji sendiri.

Sakura tahu ramai yang setuju M-POP digunakan ...tapi demi menaikkan nama Malaysia POp..kita X BOLEH guna MPOP...tetapi gunalah KL-POP.

"kl...kl is the centrall of everything...kl represents all....n the whole world tahu KL kat mana....kalau 'M' byk negara mula dari 'M'"said by abg cat.
 kan kan kan.. okay2 Sakura bukan tinggal kat KL pon.. Sakura tinggal di kelantan.. tapi senang kata lah kan. KL adalah central. Even though SEOUL tidak diisyhtiharkan S-POP..ataw apa2.. orang akan tahu bahawa SEOUL itu Korea. so.. If kita letakkan KL-POP, orang akan tahu KL tu Malaysia.... lagipun kat dunia ni.. KL satu je pon.. mana ade kat tempat lain..tak gitu?? 
hah..x puas hati?? 

"KL" dah dikenali seluruh dunia.
KL DRIFT..
even dalam english movie pon diorang guna KL words for Kuala Lumpur which means Malaysia. 
kalau nak juga guna juga selain dari KL-POP...guna nama panjang Malaysia POP... baru orang x salah faham..

so, kata abg cat ade betulnya.. MAJULAH MALAYSIA POP, MAJULAH KL-POP


Nie kat bawah gambar kartun yang dilukis oleh saudari Irza dan diwarnakan oleh Sakura.. khas untuk P.O.P. dari kami POPpers! ^_^

Sunday, May 8, 2011

[Entry Boring] Update & Ep 16 T_T

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sakura x nak cakap panjang. Baru jer tengok ep 16 48 days...ehh silap 49 days..

Sob sob.. jalan cerita makin sedih............. Huhu... but i like!..

Perkembangan watak semakin menonjol...

Ottoke.. mR. scheduler.. your love , her love, his love... their love.. oh my...

so sad.. lots of sad feeling... 'if'...arghh IF IF.....they can be together happy ever after kan bagus..uhuhu..

cant wait to watch ep17....huhuhuhuhuhuhuhu

Saturday, May 7, 2011

Prince Of Pop jadi kartun.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

akhirnya Prince Of Pop jadi mangsa untuk kreativiti Sakura.. adoi.. ingatkan boleh tingkatkan skill melukis dalam adobe..tapi..40 percent sahaja jadi.... haha..

takpe2 kan kiut gambar nie..hehehe...oppa..saranghae...!!!

kiut nye..alolo.. :P


Wednesday, May 4, 2011

Strawberry

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Malas nak cerita panjang lagi. Tengok saja gambar ini. ^_^

banyak tau strawberry ni

memang kenyang makan ni..yum yum

merah menyala - nyala

singgah sini kalau nak lagi...ehehe

actually byk jer gambar... tunggu next post k!





Tuesday, May 3, 2011

Prince Of Pop Bukan Korean POP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semoga anda semua ambil perhatian. Sakura di sini bukan ingin "menegakkan benang yang basah" atau apa - apa yang anda fikirkaN (perkara serong) mengenAi Prince Of Pop.

Entry ini khas untuk teman - teman Sakura yang mengatakan Prince Of Pop hanya meniru "kpop"...
adakah kerana sebab mereka minat kpop? Kalau anda rasa begitu. anda sebenarnya salah.

Sakura tak nafikan P.O.P. memang minat KPOP...Tapi P.O.P. bukan KPOP.... mereka KLPOP..
actually kalau letak MPOP pon best jgak. Sakura tak kisah sangat pasal itu. yang penting mereka tak tiru KPOP. Apa bukti yang Sakura kata mereka bukan tiru KPOP... P.O.P. tak pernah mengaku mereka KPOP.
Mana???? Menari bukan bermaksud KPOP .... mana2 tempat pon artis mereka menari.. Alahaiiii... Sebelum ADAM AF masuk VIP.. adakah anda perasan dia juga menari . kan kan kan (Dalam lagu STACY & ADAM)
BERKUMPULAN bukan bermaksud KPOP... KRU berkumpulan.. menari jugak,...hensem jugak...comel jgak... KRU, X Factor....mereka grup pop yang asal..... apa lagi???

Mana silapnya sampai anda kata P.O.P meniru??? Sebab anda tak tahu salahsilah industri muzik tanah air. YUPPPPP... (sila cari sendiri kat internet ok)... apa yang Sakura katakan... negara kita berevolusi dari semasa ke semasa... Sakura akui artis banyak mendominasi genre muzik di Malaysia..BAlada , Indie , Rock, Irama Tradisional... .. Artis berkumpulan yang genre pop jarang.. bila dah muncul semula pop... orang kata kita tiru orang.. walhal.. masa tu tiada artis yang sanggup jadi artis pop sperti KRU sehingga sekarang... (alahai..ade satu grup tu lagi mantap tariannya...tapi Sakura still lupa nama grup yang sama tua ngan KRU)..

So, P.O.P tak tiru KPOP...

Habis tu P.O.P. betullah? macam mana dgn artis lain??? hurm... mereka kenalah jelaskan sendiri kalau mereka silap.. tapi ahli P.O.P.... memang dah katakan grup mereka x ada kene mengena dengan kpop..(bak kata cat farish)...

______________________________________________________________________
Entry ini adalah respon daripada kewujudan AntiFan FakeKPOP di Malaysia...
Conclusion: takkan ada artis kpop di malaysia melainkan Korean company ambil mereka jadi artis kpop di korea. Contoh paling baik Aizdean di jepun, Aiz memang artis JPOP.

-------------------------
entry berkaitan :




Sunday, May 1, 2011

Cameron Highland & RAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi everybody, nice to meet you all. I miss my blog very much.

[hentikan cakap inggeris kalau gediks]

okay, okay..opsss

Dah masuk bulan Mei rupanya. Sakura nak cerita dua perkara yang Sakura tengah seronok dan gembira lagi. Iaitu mengenai Cameron Highland. Pada 27 haribulan April 2011. Sakura telah pergi bercuti ke Cameron Highland, Pahang. Sakura telah pergi dengan konvoi : 4 buah kereta. En. Agul pon ikut sekali =)

Sangat seronok dan mencabar sebab Sakura drive sendiri ditemani En. Agul dan kawan barunya. hehehe
Seramai 11 orang peserta konvoi termasuk Sakura. Tempoh perjalanan pergi dan balik adalah 24 jam sahaja. ^_^.
Sakura akan bercerita lebih lanjut mengenai trip Sakura pada post yang seterusnya.

Seterusnya, Sakura nak cerita mengenai RAM. Sakura sangat gembira dan tak sabar menunggu karya RAM terbaru. SUTERA BIDADARI... Dimana kamu sihhhh?????

"Im so in love with SUTERA BIDADARI!!"

Pesta Buku di KL buat Sakura rasa gelisah sebab tak dapat pergi..huhuhu.
wahhh....5thlogi of Saifuddin LOVE...^_^ sangat tak sabar.

Kalau la Sakura jumpa satu koleksi yang telah hilang tu kan bagus..(Sakura rasa kawan Sakura ada pinjam tapi tak ngaku...huhu, maybe die tak ingat tuuu)

Okay tu sahaja post kali ini. ^_^
Sekian.





BLOGGERS MALAYSIA