Since 2010

Since 2010

Sunday, May 15, 2011

We Do Love Doctors!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


PENAFIAN: SUMER GAMBAR2 niE BUKAN HAKMILIK SAKURA.. CREDITS TO GOOGLE SEARCH IMAGE

SENJATA POWER DOKTOR YANG UTAMA :)

Sakura kini kembali selepas happy semacam (la kot) sambut hari Jururawat. :)
Eh, kalau hari Jururawat, kenapa jururawat tak cuti? Har3x.. Ish2.. Kalau Jururawat cuti sapa nak rawat pesakit? Pesakit 24 jam kat hospital. Kitew cuti? Habis pesakit pon cuti sakit la gtu? Mana leh.. Habis shift sambutla nanti. hehe.

DEWAN BEDAH MEMANG DOKTOR PUNYA SPECIALTY

Zaman bebudak: Konon nak jadi doktor. Tengok doktor pegang jarum mulalah benci.
Zaman bebudak Sakura memang la cam gtu, Sakura ni kononnyala, "dipaksa jadi doktor", ambik macam2 aktiviti kat skool, PBSM, ST John, dan macam2 ala2 medikal. So dengan sendiriknya Sakura minat ke arah medikal. Nape Sakura boleh jadi Jururawat bukan doktor?? ha.. sebab nye kita off the record dulu, next time Sakura cerita.


 KAMI SATU TEAM

Straight to da Point!.. Kenapa dengan title tu?
Itu adalah yang terzahir dari Sakura.
Masa orang tengah wish happy nurse day tu, adelah salah seorang yang ucapkan happy nurse day tu ialah seorang yang bergelar doktor. Sakura terfikir nape lah tak buat happy doktor day? heran seheran herannya. Nape ek? Lepas tu Sakura pon search mende ni kat internet oh its is 30th March. Ha, Sakura mana la taw kan. Ingat takde. Takpe2, taun depan boleh wish lagi. :)

KAT WAD JURURAWAT LAGI RAMAI SEBENARNYA TAPI KALAU KAT OT MEMANG DEPA

Der, bukan x sambut, sambut tapi tak semeriah hari guru. Kenapa ? Mana leh lawan guru. Guru itu pelita hidup. Tanpa guru jururawat ngan doktor tak reti nak menulis. haha. kan kan kan. Kami nie medikal staff sambut antara team dan rakan sejawat je. Itu yang kadang2 Sakura pon tak ingat bila hari jururawat. Sibuk keje la katakan.

 PASANGAN DOKTOR YANG SWEET :)

Sepanjang Sakura bekerja, orang paling busy bekerja ialah doktor. Kenapa? Doktor la orang yang paling busy sepanjang Sakura kerja. Even Sakura busy kerja shift paling lewat Sakura akan balik ialah sampai 4 - 5 jam sahaja. Kalau doktor yang baru kerja, a.k.a. Houseman , diorang bekerja lebih lewat dari Sakura. Kadang2 kena oncall. Oncall bukan mende yang boleh dibanggakan macam drama code blue atau team medical dragon sebab oncall di dunia nyata ternyata perit. kenapa? sebab blum smpat nak tdo rehat untuk oncall, dah kena panggil untuk urusan yang 'tiny' macam insert new IVL, blood investigation dan sebagainya. Dahla esoknya pagi2 buta kena review patient. Kata freshmen yang tgh start kerja ni, 2 tahun jgak lah tak cukup tdur. Kalau kita yang tengok nie, macam Sakura la.."mesti bestkan insert new IVL..mesti bestkan ambik darah patient".. kalau ikut nursing protokol, only the doctor or medical asisstant can do that. Not the nurse..uhuu..sob2..sedih x dapat try..

DOKTOR PALING BERPENGARUH DI MALAYSIA :)

Kadang - kadang takut nak kacau doktor yang busy buat kerja, maklumlah dah terang - terang nampak tengah busy, nak kacau buat ape. Tapi itulah staffnurse, kalau tak kacau doktor, bukan staffnurse la nampaknya. Sakura kena make sure patient Sakura di review oleh doktor mengikut team yang telah diberikan. Yang penting darah,ivl kena check sentiasa. Salah faham?? itu yang kesian tu,kadang2 kalau dah busy dan stress ni kami yang bekerja di bawah bumbung yang sama akan mengalami event yang tak disengajakan. X seNgaja ok!.. So bila hati dah sejuk , mula2 la sedar akan kesilapan diri masing2 dan rase sesal sebab menyalahkan staff lain. Walaupun busy, mereka juga manusia.



Apa yang buat Sakura love da doktor is because walaupun busy mereka tetap melakukan tugas hingga termampu. Contohnya bila ade patient yang collapse, confirm kami2 ni akan tinggalkan semua kerja lain dan tertumpu pada seorang patient tu. Masa itulah doktor2 nie sangat diperlukan dalam membuat keputusan nak buat macam mana kat patient ni. Selagi x stabil, slagi tulah 'dub dab dub dab' jantung ni. Kalau boleh nak zero kematian kat hospital. Tapi, kalau da ketentuan Tuhan, redha sahajala..lagipun kita dah usaha.

SAKURA STILL ALERGIC KAT DOKTOR GIGI...

TU JEla...SEKIAN

Sakura nak ucapkan selamat bekerja kepada bakal2 doktor di seluruh dunia terutamanya orang yang mengenali Sakura sepanjang belajar di USMkk... :) Good luck to you ALL.

SEMUA NI BELAJAR & BEKERJA SATU HEALTH TEAM (GO GO USMKK)

3 comments:

Unknown said...

wah..terharu beb..hehe

ksol pun xtau ade hari doktor
ade gak rupenye
gelak-gelak ngan adik sebab ade rupenye hari doktor..yela mana nak sambut, keje memanjang je doktor tue

doktor-doktor pun perlukan nurse yang baik cam sakura gak..kalo tak, sapa lagik nak tolong dalam wad..maunye ke pelenkung ngan specialist kalo nak taye sikit..hehe

Unknown said...

saya pun tak tahu ada doc's day! thanx for the info! :) may Allah bless us all with all our specialty in health.

Fatin Sakura said...

Ksol: haha tq kak sol..
best of luck!
nntie kte sambut sama2 next year K! hehee....

Iliana: InsyaAllah :)


BLOGGERS MALAYSIA