Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Tahap kesabaran?
Tahap kesabaran?
1.dlm surah al-baqarah ayat 153 Allah berfirman yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,mintalah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan solat.Allah bersama dgn orang yg sabar."
2.dalam surah al-imran ayat120 Allah berfirman yg bermaksud,"jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu."
3.dalam surah an-Nisak ayat 25 Allah berfirman yg bermaksud,"jika kamu bersabar ia adalah baik bagimu"
4. sabda nabi yg diriwayatkan oleh imam tarmizi yg berkmaksud,"sesungguhnya kejayaan bersama-sama dgn kesabaran,kelaparan bersama-sama dgn sesusahan dan sesungguhnya beserta dgn kepayahan adalah kesenangan"
5. "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
(Maksud ayat 155:Al Baqarah)
6."(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."
(Maksud ayat 96: An Nahl)
7."Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (sesorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Maksud ayat 11: At-Thaghaabun)

8.Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
Sabar itu ada tiga:
·
Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap masalah atau musibah yang menimpanya sebaliknya menerima dengan redha musibah itu. Maka Allah S.W.T mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dengan bumi.
· Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan ibadah dengan taat dan menanggung kesukaran ketaatan itu, maka Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.
· Barang siapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkan perbuatan maksiat, Allah S.W.T akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy. Dia adalah mahluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya adalah paling tinggi.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
# Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
# Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
# Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau kamu tengok entry ni sedikit ke arah kerohanian. Memang pon. Sakura x cukup sabar sekarang ni. Sebelum Sakura marah ikut suka ati dalam blog ni baik Sakura renung2 ayat2 Alquran hadis dan buku2 agama.
Bukan apa, Sakura cuba tak mengamuk, Sakura cuba sejukkan hati. Ramai orang sekarang nie suka buat Sakura marah yang amat sangat. Adakah sebab Sakura ni terlalu Sabar dengan kata2 ataw pun memang orang sekarang ade sikap buruk iaitu pijak kepala orang dengan lawan kata orang tanpa fikir akibatnya.
Adakah orang zaman sekarang x fikir mengenai maksud "jaga hati?" Kalau ikutkan hati , Mati!.
Ya Allah , ku pohon kekuatan dalam aku menahan kesabaran dari kemarahan yang membara, semoga aku tidak melakukan benda yang dilarang olehMU ke atas mereka2 yang menganiaya aku. Amin.
No comments:
Post a Comment